Salam untuk semua pembaca blog JR.
Bagi korang yang dah berumah tangga, dalam keadaan apa pun pasti korang akan membela pasangan korang kan? Mana isteri yang akan kata suaminya jahat kan? Mana pula suami yang akan kata isterinya jahat kan? Mana boifren yang akan kata gilfrennya jahat, mana gilfren yang akan kata boifrennya jahat. Betul kan?
Baru-baru ni pasti korang ada baca tentang kisah seorang imam yang dikenakan hukuman penjara satu tahun kerana membaling selipar kepada panel hakim yang mendengar kesnya? Imam itu, Hoslan Hussin naik angin kerana hakim enggan mendengar kesnya yang mahu AJK Masjid Ar-Rahman yang pecah amanah dan 'mencuri' wang masjid dikenakan hukuman.
Petang tadi, tersiar berita isteri kepada Hoslan Hussin yang dijatuhkan hukuman penjara setahun di atas kesalahan menghina mahkamah kerana melemparkan seliparnya ke arah panel hakim itu, menyatakan suaminya bukan seorang yang ganas seperti yang didakwa hakim ketika menjatuhkan hukuman..
Isteri Hoslan, Noorliza Mat Isa, 43, berkata, bagaimana hakim tergamak menyatakan suaminya ganas sedangkan imam itu tidak pernah sesekali memarahi dan memukul anak-anaknya pun.
"Suami saya tidak ganas seperti yang hakim kata. Dia tak marah saya, anak-anak pun tidak. Saya dah berkahwin dengan dia 17 tahun, saya tahulah. Pukul anak-anak pun dia tak pernah. Cuma dia seorang yang tegas bila melibatkan soal agama," katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya malam tadi
Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar kerana suaminya hanya mahu mempertahankan wang masjid yang pecah amanah dan disalahgunakan oleh AJK Masjid.
"Saya memang bergantung semuanya pada dia (Hoslan). Bila dia tiada, saya memang terasa sangat. Saya tak pandai memandu dan gaji saya kecil, RM750 sebulan. Memang tak cukup untuk menampung tujuh anak saya yang masih sekolah.
"Sebelum ini semuanya suami yang buat. Jadi, sekarang saya perlu berdikari. Tempoh setahun bukan sekejap... Tetapi walau apa pun, saya redha dan menganggap ini sebagai ujian," kata Noorliza yang bertugas sebagai pembantu guru.
JR kasihan dengan nasib Noorliza yang terpaksa menanggung kesusahan lantaran sikap suaminya yang tiba-tiba naik angin kepada hakim hingga sanggup melontar selipar kepada mereka. Bagi JR, Hoslan tak perlu naik angin dengan hakim, kerana hakim manusia biasa yang kadang-kadang membuat salah. Jika hakim tak memihak kepada kita mengapa marah, kerana bukankah hukuman mahkamah juga tak semestinya adil? Jika mahkamah menghukum seseorang dengan adil, tak kan pula Nabi sendiri seperti di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, At Thawawi menyatakan dua daripada tiga orang hakim masuk neraka kerana membuat penghakiman yang tak betul?
Justru jika dah tau kebanyakan hakim melaksanakan hukuman secara tak adil, terima sajalah apa pun hukuman mereka termasuk yang tak menyebelahi kita. Sebagai rakyat kita tak perlu marah-marah dan kecewa jika menganggap hukuman hakim tak adil, kerana bukankah ada satu hukuman lagi di Mahkamah Akhirat di hadapan Hakim Yang Maha Adil?
Cuba imam tu baling kasut kpd AJK masjid, pasti dia cuma akan didenda RM150. Tapi dia baling kasut kpd hakim, marahlah mereka...
ReplyDeleteHurmm..
ReplyDeleteBetul la JR..terlalu cepat marah Dan naik angin ni bukan satu tabiat yang boleh di banggakan, akan mengundang
Perkara yang tidak di ingini.. Apetah lagi dlm menegakan kebenaran.
Di mahkamah akhirat hakim pun akan diadili juga.
ReplyDeletesebab cepat marah pastu dibaling selipar, anak-anak kat rumah yang merana...
ReplyDeleteSEPATUTNYA IMAM TUE BANYAKKAN BERSABAR...
ReplyDelete