»

11 March 2012

Shahrizat (Menteri Lembu) Letak Jawatan

Salam petang minggu buat semua pembaca blog JR.

JR mulakan berita petang ini dengan berita baik bagi mereka yang tidak suka kepada skandal dan penyelewengan wang rakyat:  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan sebentar tadi  perletakan jawatan beliau sebagai menteri berkuatkuasa mulai 8 April ini. 
 .

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Selama berbulan-bulan orang ramai mentertawakan Shahrizat kerana skandal lembu keluarganya, tapi baru hari ini dia umumkan nak meletak jawatan. Lambatnya dia bertindak, nampak dia sayang sungguh dengan jawatannya....
Bagaimanapun, Shahrizat berkata dia akan terus menjadi Ketua Wanita UMNO. 
Bagi JR eloklah tu orang yang tercalit dengan skandal keluarga meletak jawatan. Dulu dia digelar 'menteri lembu' kerana skandal lembunya, lepas letak jawatan mungkin orang akan lupakan lembu-lembu yang menjadi skandalnya itu. Bolehlah lepas ini dia hidup dengan aman dan tak perlu ingat lembu lagi.

Cuma yang herannya mengapa dia tunggu hingga 8 April untuk letak jawatan selepas tempoh jawatannya sebagai senator habis? Kalau nak letak jawatan letak aje la, nak tunggu orang mai pujuk-pujuk jangan berhenti macam drama Melayu ke??

Dan satu lagi yang lebih heran mengapa orang yang ada skandal sepertinya  masih mahu jadi Ketua Wanita?  Mana nak letak muka?

Dan yang lebih penting dan terpenting bagi rakyat marhaen macam JR ni ialah bagaimana dengan duit RM250 juta untuk beli lembu yang mereka kebas tu, sapa nak ganti balik? RM250 juta tu bukan duit sapa-sapa, ia sebahagian duit pembayar cukai macam JR yang setiap tahun kena potongan cukai beribu-ribu ringgit untuk memakmurkan negara tercinta ini...

5 comments:

  1. malas nak komen tentang isu2 politik da skrng bro.bukan apa.ckp lebih2 nanti xpasal2 kene pulak.

    tapi harap2 ramai yang akan mnjadi lebih telus dengan keje-keje mereka sbg wakil kite...

    ReplyDelete
  2. 8 hb baru nak letak jawatan, maknanya ada hampir sebulan lagi. Masih ada masa sebulan lagi nak dengar org pujuk dia jgn letak jawatan. Lepas itu dia pun buat pengumuman tak jadi letak jawatan krn 'ada rayuan dari akar umbi' meminta dia terus berkhidmat. Sandiwara baru bermula....

    ReplyDelete
  3. Hurmm.. Kerja dengan company pun nak resign kena bagi sebulan notis.. Dia bukan di halaukan? Dalam masa sebulan handing over taking over boleh berjalan dengan teratur.

    Saya pun xnak komen issue politik..haha

    ReplyDelete
  4. najib kena 'slow' dgn dia. sebab dia ada rahsia perbelanjaan bik mama..haha

    'biar najib tentukan kedudukan saya..'

    dengar2 ada beli kondos kat kazakstan juga, negara menantu najib...

    ReplyDelete
  5. CIK ROSE PUN TAK SANGGUP NAK KOMEN BAB-BAB POLITIK NIE..LANTAK PI LA DEA HIHIHI

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....