Salam petang Sabtu,
JR selalu rasa kesian dengan nasib mereka yang teraniaya. Cuma seringkali JR tak pasti sama ada mereka ini benar-benar teraniaya atau sengaja menganiaya diri sendiri. Allah telah menjajjikan doa mereka yang teraniaya akan direstuiNya. Tapi jika kita hidup dalam dunia di mana persekitarannya sering menghalang kita berdoa, bagaimana doa nak dimakbulkan Tuhan? Atau kita hidup dalam dunia di mana perintah Allah kita langgar habis, justru bagaimana doa nak dimakbulkan Allah?
Orang tua-tua dah berkata kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut dilambung ombak, binalah rumah di desa permai yang dikelilingi sawah terbentang dan bukit menghijau.
Kalau takut difitnah mengapa nak jadi artis, mengapa tak jadi ustazah atau cikgu sekolah? (Ustazah atau cikgu sekolah pun boleh difitnah, tapi tidaklah sehebat selebriti di dunia penuh glamour tu..) Jika takut difitnah mengapa selalu memakai pakaian seksi yang membuka peluang diri difitnah? Pilihan di tangan manusia, jika pilih A, maka A lah jadinya. Jika pilih Y, maka Y lah jadinya. Ketentuan hukum alam jarang berubah. Pandai-pandailah memilih...
Dan inilah cerita yang ada hubungan dengan leteran JR di atas:
PETALING JAYA: Penyebaran video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia (Melia) di beberapa laman blog sebelum ini menyebabkan pelakon itu menanggung kesusahan apabila tawaran berlakon yang diperolehnya DIBATALKAN.
Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.
Melia Aimiellia
“Kesan daripada penyebaran video fitnah itu bukan sahaja mencemar nama dan reputasi saya sekeluarga, malah ia turut menjejaskan periuk nasi saya sebagai pelakon.
“Bayangkanlah, kini SAYA TIDAK MENDAPAT SEBARANG TAWARAN kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonan saya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu. Apa yang lebih menyedihkan apabila ada pihak produksi yang mempersendakan saya dengan mengajak saya ‘tidur’ bersama kerana video tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Melia berkata pada awalnya dia mengakui enggan mengambil pusing perkara itu kerana sejak awal lagi dia sudah menjelaskan bahawa gadis yang berbogel dalam video tersebut bukan dirinya.
“Saya sudah beri tempoh kepada pengendali beberapa blog-blog untuk memadam dan membuang entri laporan fitnah itu. Malangnya, tiada usaha daripada mereka. Tahap kesabaran saya ada batasnya, jadi saya perlu mengambil tindakan bagi membersihkan semula nama saya,” katanya.
Pelakon itu turut memberitahu, dia mengesyaki penyebaran video tersebut merupakan satu komplot oleh kumpulan pemilik blog hiburan yang berpakat untuk menjatuhkan dirinya dengan menyebarluaskan lagi penyebaran video berkenaan.
(Sumber: mStarOnline)
byk spekulasi kata tu mmg gambar dia sbb ada persamaan dengan cincin yg dia pakai. benar atau tidak cuma Allah dan diri dia saja yg mengetahui. Wallahualam
ReplyDeletecincin?? oooo...
ReplyDeleteOrg kata cincin sama, muka sama, tanda di badan sama, semuanya sama, tapi pasti ada yg kata: "Ah, itu klon dia kot?"
ReplyDeleteATAS DUNIA BOLEH MENIPU..DI AKHIRAT NANTI HANYA DIA GAN ALLAH...
ReplyDelete