Salam buat semua pembaca blog JR.
Siapa kata orang Malaysia tak pandai? Jika di Iraq ada taman tergantung, di Pisa ada menara condong, di Cina ada tembok besar, kini di Malaysia ada rumah yang dibina terbalik. Ia satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.
Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini. Dari bumbung ke lantai, susunan perabot dan sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.
Rumah itu dibina di Tamparuli, Sabah dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
Sebenarnya rumah terbalik di Sabah itu adalah yang satu-satunya di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun...
(Foto: mStarOnline)
Dah dekat sebulan cerita Dan gambar tersebar, baru mlm ni nak kluar tv.. lembab.. He he
ReplyDeleteoh pening duk dlm umah ni..ekeke
ReplyDeleteinception part 2..keh keh
ReplyDelete500k??tak mampu nak buat,tengok je la mampu..hehhee
ReplyDeleteMEMANG MENAKJUBKAN...
ReplyDelete