»

27 March 2012

Gempaq: Suami Minta Bantuan Ayah Hamilkan Isterinya


Salam petang Selasa buat semua.

Di akhir zaman ni macam-macam peristiwa aneh berlaku. Sumbang muhrim - ayah rogol anak, atuk rogol cucu, adik rogol kakak, abang rogol adik, semuanya pernah berlaku. 

Tapi cerita yang berlaku di Belanda ni lain sikit. Ia cerita bapa mentua dan menantunya. Bukan bapa mentua rogol menantu tapi bapa mentua yang diminta oleh anak lelakinya untuk menghamilkan isterinya sendiri. Setelah 3 tahun cuba memiliki anak dari sperma sendiri dan sel telur isterinya, seorang lelaki akhirnya menyerah kerana usahanya mendapatkan anak masih gagal. Lelaki berusia 30 tahun yang tak didedahkan namanya itu akhirnya memutuskan untuk menggunakan sperma ayahnya sendiri bagi  mendapatkan anak, walaupun secara biologis anak itu adalah adiknya sendiri.


The couple have found a clinic which will honour their unusual request (file picture)

Bila proses kemahilan itu berhasil nanti dan nak itu dilahirkan, pasti struktur kekeluargaan menjadi kacau bilau. Mana tidaknya: anak yang dilahirkan isterinya secara biologis adalah adiknya manakala si-datuk pula menjadi ayah kandungnya. Apa anak itu nak panggil datuknya: panggil datuk atau ayah?

Apa pun peristiwa itu berlaku di Belanda. Bagi orang Islam menderma sperma dan menerima derma sperma orang lain hukumnya adalah haram. Institusi keluarga sangat murni, ia tak boleh dirosakkan oleh sesuatu proses yang menyebabkan institusi keluarga jadi huru-hara. Biarlah tak dapat anak sendiri dari dapat anak yang identitinya mengelirukan.


Sumber info: mailonline

4 comments:

  1. mintak2 tmpt kita jgn la jd mcm tu....musnah keluarga

    ReplyDelete
  2. mungkin boleh panggil Dayah[datuk-ayah] kihkihkih.. gila !

    ReplyDelete
  3. Asalam..
    Macam2 hal..apa lah orang2 sana tu ya..betul2 lah main hentam ja..
    Jauh2 di negara kita..

    ReplyDelete
  4. saket hati jugak bace benda mcm ni . menakutkan, dunia mmg dah nk kiamat .

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....