»

12 March 2012

Seram... Iblis Benar-Benar Muncul Di Rumah Drama 'Tanah Kubur'



Salam malam Selasa buat semua.

Ketika jejari JR sedang menari-nari ni, malam sudah beransur tua. Ketika malam-malam begini, ia paling seronok jika diserikan dengan cerita hantu, betul tak?? 

Korang nak dengar cerita hantu untuk bekalan tidur malam ni? Jika nak, ini ceritanya....real story, tau.....:-

Ceritanya mengenai seorang pemilik sebuah rumah yang disewa kru produksi drama seram yang mendakwa kediamannya menerima gangguan selepas penggambaran drama bersiri Tanah Kubur (Astro Oasis (saluran 106) dilangsungkan di rumahnya pada bulan lalu.

  
Rumah Mek Nab yang disewakan untuk penggambaran drama

Zainab Baharuddin, 65, atau  Mek Nab memberitahu, rumahnya yang terletak di Kuang, Sungai Buloh itu diganggu dengan pelbagai kejadian pelik termasuk bunyi rumah diketuk dan seakan ada orang menggaru dinding selepas penggambaran drama itu berakhir, kira-kira tiga minggu lalu.

“Mulanya, saya tidak mahu untuk percaya pada gangguan itu tapi apabila cucu saya mendengar bunyi dinding rumah kami diketuk dan dicakar pada pukul 2 pagi, kami jadi tidak selesa. Malah, saya sendiri pernah mendengar gangguan tersebut,” katanya.

Walaubagaimanapun kata Mek Nab gangguan itu kini telah berakhir apabila dia mengamalkan bacaan surah Yasin di dalam rumahnya.

“Alhamdulillah, kini 'gangguan' itu sudah tiada lagi dan saya berasa serik untuk menyewakan rumah kepada produksi drama atau filem seram lagi selepas ini,” katanya.


Mek Nab menunjukkan dinding rumahnya yang "dicakar" selepas penggambaran drama itu.

“Kalau diikutkan saya memang keberatan untuk menyewakan rumah untuk penggambaran drama atau filem seram dan tahyul tetapi disebabkan mereka (kru produksi) merayu, saya jadi kasihan pula. Tapi tidak sangka pula, pada kali ini, rumah saya mendapat gangguan kerana sebelum ini tidak pernah pun kejadian pelik ini berlaku,” katanya.

Susulan kejadian itu, Mek Nab berkata pada masa akan datang dia hanya akan mempertimbangkan untuk menyewakan rumahnya bagi penggambaran drama atau filem selain daripada genre seram sahaja.

Jika rumah korang nak disewakan untuk penggambaran filem seram dengan bayaran lumayan, korang benarkan tak? Jika JR, jawapannya NO! kerana JR cukup tak berkenan dengan cerita-cerita berunsur hantu dan tahyul itu....
(sumber info: MSO)
 

5 comments:

  1. hahahaha terbaiklah bro...bolehla dijadikan bekalan sebelum tido.LOL XD

    ReplyDelete
  2. saya ada mereka reka cerita hantu di blog saya...tapi x berani pun sebenonya bab2 antu nih....hehehee

    ReplyDelete
  3. nak sangat buat cerita tu, kan dia datang betul-betul! kasihan Mak Nab..

    ReplyDelete
  4. OH YA KE...INGAT KRU PRODUKSI YG KENA KACAU...TERBALIK PULAK..

    ReplyDelete
  5. hantu.......errkkkkk tidaaaaaaak kalau kasi 5juta okesss hahaha

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....