Salam tengahari Isnin buat semua pembaca blog JR.
Dalam masyarakat Malaysia sekarang ramai sangat yang bergelar Datuk, Datuk Seri, Datuk Wira, Datuk Patinggi dan entah apa-apa lagi Datuk yang bercambah di mana-mana. Bila kadang-kadang ke market, ke sekolah ambil anak, ke trek joging, ke rumah kenduri, sapaan "Assalamualaikum Datuk" sentiasa kedengaran kerana ramailah sangat Datuk yang wujud di sekeliling kita.
Sebahagian Datuk yang JR jumpa masih muda, berkerjaya biasa, mereka pun orang biasa-biasa saja, rumah pun biasa-biasa, kereta pun biasa-biasa, tapi mereka ada title Datuk. Mungkin kerana mereka berjasa sangat kepada negara kot?
Tapi title Datuk ni pun adalah satu beban yang besar bagi mereka yang pendapatannya tak besar. Jika tak percaya tanyalah pelakon veteran Datuk Yahya Sulong. Dia bukan orang kaya, dia orang susah, dia cuma tinggal di flat sempit, hidup pun bergantung kepada ihsan Baitul Mal sebanyak RM400 sebulan dan campur pencen isterinya RM400 sebulan, tapi kerana ada gelaran Datuk pelbagai dugaan yang perlu dihadapinya.
Kata isteri kepada Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali dia berasa malu dengan gelaran itu disebabkan kehidupan mereka yang sangat miskin itu. Kadang-kadang terdapat orang yang berkunjung ke rumahnya di flat buruk di Sentul untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.
Datin Alisah
“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya ke?” kata Datin Alisah.
“Kos untuk beli ubat suami saya pun bukannya sedikit. Dia mengidap macam-macam penyakit tetapi syukur jugalah ada pihak-pihak tertentu dan juga persatuan artis yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan,” kata Datin Alisah.
Begitulah sukarnya bila menggalas gelaran Datuk kerana persepsi masyarakat ialah Datuk itu banyak duit dan berkerjaya baik. Mungkin mereka terpengaruh dengan drama karut Melayu di TV yang selalu menunjukkan Datuk itu orang kaya dan tinggal di kediaman mewah dengan kereta besar? Sedangkan ramai Datuk yang cuma orang biasa-biasa, dengan pendapatan yang biasa-biasa, kerjaya yang biasa-biasa, kereta pun biasa-biasa dan tinggal pun di rumah biasa-biasa.
Jika korang nak tahu maklumat selanjutnya mengenai Datuk Yahya Sulong dan isterinya Datin Alisah, baca beritanya di sini....
kasihan keluarga ni..
ReplyDeleteharap2 ada datuk2 n datin2 kt luar sana sudi mmbantu..
lady pun br th ade datuk miskin..
ReplyDeletemule2 bc ingtkn datuk yg ade cucu
Skrg ni datuk dah bercambah2 sampai nilai penghormatannya dah tak ada. Tak spt gelaran "Sir" di England yg bukan sebarang org boleh dpt...
ReplyDeletewoooo.. mengapalah.. hmmm
ReplyDeleteSedihnya tgk org tua yg kesusahan.
ReplyDeletesedihnya... :(
ReplyDeleteKESIANKAN...HANYA PANGKAT JER,BUKANKAH PANGKAT DATUK DAPAT DUIT HIHIHI
ReplyDelete