Salam Selasa yang hangat buat semua pembaca blog JR.
Dah mandi ke? Pasti ia soalan bodoh kan? Dah tengahari tak mandi lagi, pasti melucukan, apa lagi bagi mereka yang bekerja. Kerana tak kan pulak pergi kerja hari ni tak mandi kan? Kalau pergi kerja tak mandi alamatlah orang sebelah terpaksa menahan napas akibat bau hangit ketiak korang yang tak mandi tu. Kalau pakai perfume satu botol bagi mengurangkan bau badan yang tak enak tu tak guna juga, buat pening kepala lagi ada lah...
Nasib baik juga JR tinggal kat Kedah, kalau tinggal kat Lembah Kelang hari ni adalah hari terakhir korang boleh mandi. Esok korang tak boleh mandi lagi!! Ini kerana seluruh penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air besar-besaran selama 36 jam mulai jam 8 pagi esok hingga 8 malam Khamis ini. 36 jam tak ada air beb, bukan 36 minit!!! Gangguan bekalan air tersebut membabitkan semua mereka yang tinggal di daerah Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Mengikut Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som, ketiadaan bekalan air di Lembah Kelang ni berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor yang bermula esok.
Oleh itu bagi korang yang tinggal di Lembah Kelang mandilah korang hari ni puas-puas kerana esok dan lusa tak boleh mandi lagi. Kalau ada pakaian yang nak basuh tu, basuhlah segera sebanyak mungkin kerana esok tak boleh basuh lagi. Jika di rumah ada baldi besar, tadahlah air hingga penuh dalam semua baldi yang ada. Jika baldi tak cukup gunalah apa saja untuk tadah air: periuk belanga, pinggan besar, bekas air, botol air, botol sos, botol kicap dan lain-lain yang air boleh masuk. Sekurang-kurangnya dapatlah juga pagi esok mandi untuk ke tempat kerja dan ketiak korang tak lah berbau masemmmmmm.....
Salam simpati dari JR untuk semua penduduk Lembah Kelang. Sabar separuh dari iman....
YA KER...CIK ROSE DUK TELOK PANGLIMA GARANG JUGAK DAERAH LANGAT JUGAK HUHUHU
ReplyDeletearea setapak ada tak nanti? kambing la nanti
ReplyDeleteaku baru dapat tau tadi...adoi...sangat sangat menakutkan...malam ni isi baldi2 kat umah dengan air banyak2...haihhh...
ReplyDeleteataupun pergi hotel la...mandi...hahah XD
heheh confirm spray perfume byk giler heheh
ReplyDeleteTak mandi 2 hari tu masih boleh kawtim la. Tak basuh baju 2 hari pun maish bleh kawtim. Tapi kalau tak berak 2 hari itu serius. Ini serius.
ReplyDelete