Salam pagi Isnin buat semua pembaca blog JR
Korang yang dah lepas Form 5 tu pasti dah ada lesen memandu kan? Ada yang cuma ada lesen motor, ada pula yang dah ada kedua-duanya: lesen kereta dan motor.
Yang ada lesen tu baguslah, mereka warga yang baik, patuh kepada undang-undang.
Jangan jadi macam JR dulu-dulu. Kerana sibuk kerja, lesen pun tak sempat ambik. Kerana boss paksa beli kereta bagi memudahkan pergerakan kerana kerja JR perlu banyak out-station, lalu satu hari JR belilah sebuah kereta. Kereta second-hand aje ketika itu kerana duit tak cukup untuk beli kereta baru. Lalu melaramlah JR ke mana-mana dengan kereta yang nombor pletnya ialah 2222 itu.
Yang mendebarkan bila bawa kereta ini ialah bila berhadapan dengan road block. Maklumlah selalu rasa guilty kerana bawa kereta tanpa lesen. Tapi nasib baiklah selama tiga tahun JR bawa kereta tanpa lesen tak pernah sekali pun ditahan ketika road-block. Ini kerana biasanya yang kena tahan cuma motor. Polis mungkin ingat pemandu kereta semuanya ada lesen kot, jadi tak pernah JR kena tahan. Lagi pun JR cuma bawa pelan-pelan, sentiasa ikut speed board yang terpacak di tepi jalanraya, maklumlah tak ada lesen, selalu kena berhati-hati.
Satu hari (ketika itu bekerja di Pulau Pinang), boss arahkan JR ke KL untuk hadir satu kursus. Kebetulan ada seorang kawan JR dari ofis lain yang juga ke KL kerana perlu hadir kursus yang sama. Jadi kami pergi bersama-sama menaiki kereta JR. Kami membuat perjanjian: masa pergi dari Penang ke KL, JR yang bawa kereta, masa balik dari KL ke Penang, dia pula yang bawa kereta.
JR tak ceritakan kepada kawan JR tu JR tak ada lesen memandu. Malu!! Sepanjang perjalanan ke KL JR pandu kereta dengan penuh keyakinan. Dalam hati terfikir kalau ada road block JR akan minta kawan JR bawa dan ketika itu baru JR nak bocorkan rahsia JR sebenarnya tak ada lesen memandu. Tapi nasib sungguh baik kerana kami pergi dan balik dari Penang-KL-Penang tanpa menemui satu road bock pun.
Setibanya ke rumah kawan itu untuk menghantarnya pulang, akhirnya JR terpecah rahsia sendiri;
"Nasib baiklah hang ikut sekali, aku sebenarnya tumpang berani dengan hang aja, kalau hang tak dak takut juga aku nak bawa kereta sorang-sorang ke KL" kata JR
"Awat...hang takut apa? Bukan ada hantu pun di tengah jalan" jawab kawan JR bereseloroh.
"Aku bukan takut hantu, aku takut polis. Aku sebenarnya bawa kereta bukan ada lesen pun!!" JR memecahkan rahsia.
"Laaa...hang tak dak lesen ka? Aku pun tumpang berani dengan hang jugak, sebab aku ingat hang ada lesen. Aku pun sebenarnya tak dak lesen macam hang juga!!!" kata kawan JR sambil kedua-dua kami ketawa berdekah-dekah.
Tiga tahun JR bawa kereta tanpa lesen memandu. Lepas tiga tahun JR tukar kereta lain dan lepas itu baru pergi ambil lesen....
Nota: Jangan ikut jejak JR. Patuhilah undang-undang kerana langit tak selalu cerah. Mungkin JR bernasib baik kerana sepanjang tiga tahun itu JR tak pernah berhadapan dengan apa-apa peristiwa yang menyusahkan. Jika tidak,nahaslah...
Tiada manusia yg sempurna. Yg penting kita sadari kesilapan yg dibuat..
ReplyDeleteHHAHAHAA..lawak2..dua2 xde lesen memandu..
ReplyDeletehaha..bagus sungguh due2..:)
ReplyDeletehaha.sama2 xdak lesen.:P
ReplyDeleteNanti saya report polis...hahaha gurau aje.
ReplyDeletekalau polis baca mesti kena saman hihihihi...nasib baik sekarang dah punya lesen..
ReplyDeletehahha,lawak gak 2 takde lesen..tapi kire berani gak bwk keta xde lesen ni
ReplyDelete