Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR.
Sebagai ayah, JR memahami gundah gulana hati seorang ibu seperti Rozita Che Wan apabila anaknya hilang dari rumah dua hari lepas. Kini Rozita boleh menarik nafas lega apabila anak keduanya, Aniq Ezra, 14 tahun, yang dikatakan hilang itu sebenarnya hanya lari dari rumah akibat merajuk. Rozita memberitahu, Aniq ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya.
Rozita..
"Saya panik apabila mengetahui dia hilang tanpa sebarang sebab. Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya," kata Rozita kepada mStar Online sebentar tadi.
Selain Aniq Ezra, Rozita mempunyai seorang lagi anak yang merupakan abang kepada Aniq iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.
Jadi kes merajuklah nampaknya ni. Orang yang merajuk selalunya memerlukan lebih perhatian diberi kepadanya. Sebagai ibu, pasti Rozita telah melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya, tapi anak-anak seperti biasa selalu mendambakan lebih dari yang telah diberi oleh ibu bapa mereka..
oh merajuk .....biasa la tu bang...mmg kdg2 kita pun pandai tersilap jugak. kdg2 terlupa terkasi manja lebih sikit blah ni...yg blah sana tarik muka la jawapnya.
ReplyDeletehaiiishhhhh ikat kaki dia lain x..hehe
ReplyDeletenasib baik kan..:)
ReplyDeletekepada adik2 yang lain,jgnlah pikir nak lari dari rumah...pkir panjang2 dulu sebelum wat keputusan gitu...jgn biarkan mak ayah risau...
ReplyDeletemujur selamat....
ReplyDeleteSalam JR. Silent reader tapi today nak follow your blog. Alhamdulillah semua selamat.
ReplyDeleteMerajuk plak. Mmg betul nak perhatian le tu. So, cik ita, kena la beri perhatian lebih kat Eniq.
ReplyDeletebiasalah budak2...kalau terlebih sikit kita melayan si adik ke si abang ke...mesti dengki terus merajuk..hehehe...
ReplyDelete