Salam malam Isnin dari JR.
Korang pernah dengar tak satu teori yang menyatakan orang bijak biasanya mempunyai rupa yang hodoh dan tidak menarik? Sebaliknya orang dungu, bodoh dan tolol pula biasanya mempunyai wajah yang cantik dan tampan?
JR pernah dengar teori ni masa di sekolah menengah kemudian bila di IPTA teori yang sama diulangi lagi oleh rakan-rakan yang kebanyakannya memang tak hensem. Bukan saja teori ni diulangi, malah ada yang siap menyokong teori ini dengan survey berjela yang kononnya dilakukan oleh institusi pengajian yang popular. Lalu mereka memberi contoh-contoh orang bijak di dunia seperti Albert Einstein, Socrates, Plato, Leonardo da Vinci, Hugo, Isaac Newton dan lain-lain yang sangat bijak tapi tak hensem langsung.!!
Einstein: hodoh tapi bijak
Bila sesekali pikir memang teori tu seperti betul la pula. Cuba perhatikan tokoh-tokoh politik negara ini yang memang dikenali sebagai orang bijak pandai tu, tak seorang pun yang nampak hensem dan lawa, betul tak?
Jadi kalau mengambil teori ni bermakna artis-artis kita tu yang majoritinya hensem dan cantik tu bodoh-bodoh belakalah? Memang betul ada yang rupa menawan tapi kelulusan akademik tak seberapa. Tapi ramai juga artis yang hensem dan cantik menggenggam ijazah, dari ijazah dalam bidang kejuruteraan, ijazah dalam bidang perundangan atau ijazah dalam bidang yang seperti kata seorang kawan hanya sesuai untuk orang-orang yang tak begitu cerdik saja.
Apa pun, ijazah bukan penentu kejayaan seseorang. Apa guna punya Ph D tapi kehidupannya hancur? Datuk Siti Norhaliza misalnya walaupun tak punya kelulusan akademik yang tinggi tapi dia sangat berjaya dalam bidangnya.
Sebenarnya dari pemerhatian JR, menyatakan orang bijak itu hodoh, manakala orang cantik dan kacak itu pula bodoh adalah tak tepat.
i) Memang ada manusia hodoh tapi bijak
ii) Memang ada manusia lawa tapi bodoh
iii) Tapi ada juga manusia yang sudahlah hodoh, bodoh pula
iv) Dan ada juga manusia yang sudahlah lawa, bijak pulak.
Korang dalam kategori mana? Pastinya dalam kategori (iv): lawa dan bijak, kan?
JR pula dengan BANGGANYA mengumumkan JR adalah dalam kategori (iii): sudahlah hodoh, bodoh pula...
cekbolat pilih V) semua diatas XD
ReplyDeletetiada dalam kategori..hahaha
ReplyDeleteSaya dlm kategori (x), sudahlah pedas, ganas pula
ReplyDeleteitu hanya kebetulan sahaja...Waktu cik rose sekolah dulu...yang cantik dan hensem pandai hehehe
ReplyDeletecuba tengok pulak gambar albert einstein masa muda
ReplyDelete