»

10 March 2012

Betul Ke Berita Ni, Macam Tak Caya Aje????


Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR yg disayangi.

Korang ada baca tak berita akhbar semalam? Tak kiralah baca akhbar online atau akhbar kertas? Korang pasti tanya: berita apa? Akhbar mana yang siarkannya?

Hampir semua akhbar menyiarkan berita ini, maklumlah berita memuji-muji negara kita, berita terbaik punya!

Yang JR maksudkan ialah berita tentang kenyataan seorang menteri kita yang jaga keselamatan negara bahwa Malaysia telah diiktiraf sebagai NEGARA PALING SELAMAT di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia dalam laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011

Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara?

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGV5zYXn1i5ivNGLev-pUAAWoKt5zt7Fdo8hm20LQadBh8Uwh0m5KZLHtvuK4VHQhRfviujoW8fmxUN9cmCxyIESGNcpXbCJPaYydnUpZwJgL3tGKOuWHOCNYeyZk8VP4ESnRVYdieH5Zg/s400/Anak+ajak+rakan+rompak+ibu+sendiri.jpg
selamat tinggal...barang kamu dah 'selamat' kat sini...hehehehe..

Macam tak percaya aje dengan berita ni. Ya la setiap hari bila belek akhbar terutama akhbar-akhbar seperti Metro dan Kosmo dipenuhi dengan cerita-cerita jenayah: tembak, tikam, ragut, rogol dan pelbagai jenayah lain di samping berita pembunuhan, kematian dan kecederaan; tiba-tiba negara kita diangkat sebagai negara terselamat pula? Nak tinggal rumah lama-lama pun takut orang masuk rumah, barang yang tinggal sekejap di depan rumah tiba-tiba boleh lesap tak sampai setengah jam, pasang grill pun grill kena cungkil, pasang mangga tujuh lapis pun boleh kena kopak, ooooh....'selamat' jenis apa namanya ni? Tak pahamnya aku!!

JR sendiri ada banyak pengalaman mengenai jenayah: rumah dicerobohi penjenayah, pernah satu minggu dua kali rumah kena samun sampai menggigil kaki selama seminggu, barang kemas isteri, basikal anak, henset JR dan isteri kena kebas dalam rumah sendiri, sampai pernah kasut anak yang dah pakai sebulan di depan rumah pun kena curi....tapi itu yang dikatakan 'selamat'?
Tak pahamnya aku tentang definasi selamat ni, tolong sat menteri jelaskan!!

Memang satu segi kita boleh kata barang kita yang kena kebas tu 'selamat'. Ya la...barang yang hilang tu kata 'selamat tinggal' kepada pemiliknya, itulah mungkin maksud 'selamat' yang dikatakan oleh menteri kita tu...Kalau mati kena tembak atau kena pukul pun 'selamat' juga, ya la 'selamat' dikebumikan, itu kot maksud yang dikatakan Malaysia negara paling 'selamat' tu...
Selama ni JR sangka negara paling selamat di Asia Tenggara ialah Singapura, kerana kadar jenayah di negara itu yang sangat rendah hingga pelabur pun sangat suka ke sana. Orang Singapura sendiri pernah kata mereka takut ke Malaysia kerana kadar jenayah di sini sangat tinggi. Rupanya Malaysia yang paling selamat!!

Jika Malaysia yang banyak jenayah ni pun dikira sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara apa lagilah negara Asia Tenggara lain yang kadar jenayahnya juga tinggi seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja, di sana pastilah lagi tak selamat!!!!
Apapun, seperti kata pepatah: hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, negara sendirilah juga yang terbaik. Walaupun negara ini banyak jenayah, Malaysialah juga negara yang tetap ku cintai selamanya, tak kiralah ia negara paling selamat atau negara paling tak selamat....

4 comments:

  1. Di mana Bumi di pijak
    Di situ langit di junjung.

    Tempat jatuh lagi di kenang
    Ini kan pula tempat di lahir..

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Kalau betul selamat, alhamdulillah. tapi, entahlah. Kat kampung sekarang ni pun dah banyak kes. Siang2 hari depan tuan rumah pun dia dah berani mencuri.

    ReplyDelete
  3. paling slmt sbb ramai org jahat msuk ke mlaysia brsembunyi..kui3

    ReplyDelete
  4. Boleh percaya ke dgn segala laporan tu? Banyak laporan menipu, dibuat cuma utk menyenangkan hati org lain. Pernah rumah jiran kami terbakar, 40 minit telefon baru bomba datang sedangkan jarak dari balai bomba dgn rumah yg terbakar cuma 2 km. Jiran Cina telefon bomba sukarela yg terdiri 100% Cina yg terletak 12 km drpd rumah yg terbakar. Bomba sukarela tiba lebih cepat drpd jabatan bomba kerajaan. Yg lucunya bila nak tuntut insuran terbaca laporan jabatan bomba yg berkata mereka tiba lepas 8 minit diberitahu. 40 minit baru sampai, mereka melaporkan 8 minit dah sampai. Sejak itu saya tak percaya dgn apa2 laporan rasmi. Menipu...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....