»

05 March 2012

Apple Mecca: Lakukan Maksiat Dan Minum Beer Dalam Kaabah


Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR.

Malam ni JR nak titipkan satu entri mengenai satu perbuatan yang bagi JR sangat tak wajar dilakukan oleh mana-mana manusia yang menghormati hak-hak beragama orang lain.

Pasti mengejutkan jika dalam kaabah, tempat beribadat dan qiblat orang Islam itu pun boleh minum beer kan? Dalam kaabah pun ada wanita pelayan berpakaian seksi menampakkan sebahagian besar payu dara dan berskirt pendek? Ia memang satu gambaran yang sungguh melampau!!

.
apple5.jpg




Tapi itulah yang berlaku di MID TOWN, Manhattan, New York, apabila sebuah bar yang berbentuk kaabah telah dibina. Bar yang dikenali dengan nama APPLE MECCA ini seperti bar-bar lain menyajikan minuman keras seperti wine, whisky, brandy serta minuman beralkohol yang lain. Di samping itu terdapat wanita-wanita pelayan seksi yang berpakaian amat menjolok mata di dalam bar itu. 


Bukan sesuatu yang pelik jika bar menyajikan minuman keras, kerana memang begitulah sifatnya bar. Bukan juga pelik di dalam bar ada aktiviti yang tak bermoral kerana memang begitulah namanya bar


Cuma yang peliknya mengapa ia dibina berbentuk kaabah  berbentuk segi empat berwarna hitam dan diberi nama Mecca (Mekah) pula?   
Apa tujuan bar berbentuk kaabah ini dibina? Memang jelas tujuannya nak menghina dan memprovokasi orang-orang Islam!





Dan Logo APPLE di dalamnya jelas kelihatan membuktikan bahawa syarikat komputer gergasi Amerika ini adalah pemilik bar berbentuk kaabah itu.

3 comments:

  1. depa ni perli eh?isk,x patot..

    ReplyDelete
  2. Perbuatan mereka itu tidak sedikit pun merugikan Allah. Dan mereka tidak mengetahui betapa sia-sianya kerjaan mereka itu.

    ReplyDelete
  3. allah lebih berkuasa..
    setiap yg berlaku akan ada pembalasan nya..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....