Salam tengahari minggu yang hangat buat semua pembaca blog JR.
Korang ada masalah kewangan? Belum sampai hujung bulan duit dah kering macam daun-daun kering musim kemarau yang jatuh ke bumi?
Hmmm...ini ada satu peluang bisnes yang sangat mudah - jual beli air kencing. Caranya mudah: korang masuk ke kampung-kampung, kawasan perumahan, kawasan setinggan dan lain-lain minta seisi rumah simpan air kencing mereka. Beritahu mereka jangan kencing dalam mangkuk tandas, sebaliknya simpan air kencing dalam botol, dalam besen, dalam baldi atau dalam apa-apa saja untuk dijual kepada korang. Korang pula boleh jual balik air kencing yang dah terkumpul itu kepada kilang baja organik yang memerlukan air kencing yang kandungan ureanya agak tinggi itu.
Di sinilah mereka menyimpan air kencing sebelum dijual..
Tapi jika ada yang terpikat dengan peluang bisnes yang JR paparkan di atas, korang perlu tahu bisnes seperti ini cuma wujud di Jawa Barat, Indonesia. Jadi jika korang nak menceburi bidang bisnes air kencing ni, korang kenalah eksport air kencing orang-orang Malaysia ke Indonesia. Harganya lumayan juga tau...air kencing boleh dijual pada harga RM1,000 seliter, eh,eh silap...sebenarnya 1,000 rupiah (33 sen) seliter. Air kencing ini diperlukan sebagai bahan baja organik oleh sebuah kilang organik, PT Fajar Jaya Nusantara yang mengeluarkan baja organik, Neo Bio Fajar.
Mengikut orang-orang kampung di Jawa Timur mereka boileh mengumpul hingga RM30,000 sebulan, ooopsss, sori-sori...30,000 rupiah sebulan (RM10 sebulan) dengan menjual air kencing. Walaupun pendapatan menjual air kencing (RM10 sebulan) tak seberapa tapi ia dapat mengurangkan kos hidup rakyat Indonesia yang rata-ratanya miskin itu. Sekurang-kurangnya kata mereka air kencing satu keluarga yang dikumpul selama sebulan itu dapat menampung bayaran bil letrik rumah mereka dan belanja sekolah anak-anak.
Bagi yang nak cuba try bisnes ni, jangan hubungi JR kerana JR tak ada contact number kenalan kat Indonesia yang berdagang air kencing. Maaf...
(Sumber info: Kosmo)
alahai kesiannya kehidupan di sana...
ReplyDelete