»

28 March 2012

Berkenalan Dengan "Buah Kote Mamak"


Salam buat semua pembaca blog JR.

Setiap kali berjoging di Taman Rimba, Alor Setar, JR selalu terpijak buah panjang berwarna hitam itu. Ia mengingatkan JR kepada buah sama yang selalu JR jumpa dan kadang-kadang makan ketika melaui jalan ke sekolah semasa bersekolah rendah di Penang dulu. 

Ketika joging, JR selalu nampak buah ni berdekatan trek joging di depan gelanggang lawn bowls Taman Rimba. Buah yang namanya sungguh unik lagi mencarut ni masa muda kulitnya berwarna hijau, bila masak pula ia berwarna agak kehitam-hitaman. Kalau nak makan perlu dipecahkan kulitnya, isinya yang hitam itu berlapis2 macam asam keping, rasanya pula pahit2 manis. Kata orang tua-tua bijinya bagus untuk pelbagai sakit kronik termasuk ubat kencing manis dan darah tinggi.

Inilah buah yang JR maksudkan tu, korang pernah tengok?:


Di utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), buah ini dipanggil dengan nama agak mencarut: buah KOTE MAMAK. Nama saintifiknya ialah Samanea Saman. Mengikut sejarah, pokok kote mamak ni bukanlah pokok asli Malaysia tetapi telah diperkenalkan ke Malaysia dari  Amerika Selatan pada tahun 1876. Di Malaysia, ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga sama tinggi dengan bangunan lima tingkat. Ini lagi gambar pokok kote mamak ni:





Di Malaysia, pokok ini berbuah di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. 


JR tak tau mengapa di Utara ia dipanggil  dengan nama yang agak lucah: pokok kote mamak.  Macam tak ada nama lain!! Tapi ada kawan beritau ia kerana bentuk buah tersebut yang  hitam, keras, panjang dan sedikit melengkung itu:




JR tak tau di negeri lain pokok ini dipanggil pokok apa? Tapi jika tak silap di negeri-negeri tengah Semenanjung ia dipanggil pokok hujan-hujan. Tapi jika pergi ke Utara Semenanjung tanya pasal pokok hujan-hujan tak siapa yang kenal. Tanya pokok kote mamak memang ramai yang kenal, cuma kadang-kadang malu nak sebut walaupun ia memang pokok yang berkhasiat untuk penyakit-penyakit kronik.

Hmmmm....khasiat punya pasal, anu si-mamak yang mendapat nama, tak patut betul.....

19 comments:

  1. Eh, sy x tau apa namanya...
    Tp kalo tgk mcm ular pun ada..geli..

    Kt trek sy jogging pun ada pokok ni, n sedang berguguran jatuh..
    Bole makan ek??

    Xpsti betul x? Tp, ada masa sy amek gambar n masuk entry

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. Pernah tengok buah ni.. Tak pernah mkn.. Dah tau Nama Nya lagi laaa... X kan mkn... Kekekeke

    ReplyDelete
  3. hahahah pokok kote mamak?kahkahkahakah sengal giler namaa!hahah XD

    ReplyDelete
  4. dya tak tahu nama pokok ni..first time dgr..hihi

    ReplyDelete
  5. JR.. Pinjam rumah kejap...

    Dya... Kekekeke
    Jgn sebut2 Nama buah tu tauuuuu!!
    Adeh... Sakit perut anty gelak...

    ReplyDelete
  6. saya blom pernah tgk lagi ni....
    tang namanya tu.....alaaaa x bes betul la nk sebut hohohohooo

    ReplyDelete
  7. hehehe... malu nak sebut... cheh...

    ReplyDelete
  8. nama dy..hahahha..klakar gler bunyiii..:P

    ReplyDelete
  9. kena ganti name lain nih!haha

    ReplyDelete
  10. Ala tu nama untuk pelaris tu bro JR..hehe..tak apa2 tu, biasa zaman sekarang ada ja nak manfaatkan ..apapun unik buahnya..adui! mamak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpenting nama apa,janji khasiat buah tu...memg bgus di daerah bedong,sorang pkcik tu msk wad,kncg manis tahap kritikal,dgn izin allah dia p cri buah kote mamak ni n trjmp d a.staq...n makan,alhmdlh smp la xgduh p hospital dh...skrg susah cri pkok ni,ada info helo2 yerk.

      Delete
  11. walaupun namanya lucah & pelik, buahnya mmg sedap. hihihi.. pokok ni mmg tinggi, sy & sepupu kutip buah y jatuh kt bawah, kalau masih ok, kami ambil & pecahkn buah ni. isinya rasa kelat2 manis. mmg sedap. cuma skrg, tak pasti masih ada lg atau tak pokok ni..

    ReplyDelete
  12. Saya dari Penang. Dulu2 p mengaji quran kena angkut air dr rumah org lain ke rumah tok guru. OTW, mmg ada buah ni, makan jugak..tak sedap sangat. Nama lain yang kita sebut ialah buah Juaq. Xda kita sebut nama lucah tut...

    ReplyDelete
  13. tak pernah tgk..ni pertama kali tgk dan dengar namanya hehe

    ReplyDelete
  14. Boss nama sains dia salah tu... rasanya Cassia grandis

    ReplyDelete
  15. Anonymous, buah juaq yg saiz kecik kot. Dlm 1cm diameter. Cassia grandis 3cm diameter. Saya dua tahun bertugas di ayer itam, p.pinang. kwn2 di kg melayu situ juga panggil nama pelik tu. Kalau salah harap maaf...

    ReplyDelete
  16. Anonymous, buah juaq yg saiz kecik kot. Dlm 1cm diameter. Cassia grandis 3cm diameter. Saya dua tahun bertugas di ayer itam, p.pinang. kwn2 di kg melayu situ juga panggil nama pelik tu. Kalau salah harap maaf...

    ReplyDelete
  17. Ada mak cik Cina dr China bg buah ni kat MIL suruh makan.. Katanya baik utk masalah kencing manis, usus, angin dlm bdan dan sistem pencernaan.. Rendam dlm air... Lepas tu minum. Memang puas lepas ke tandas. Harap2 dpt kurus. Hihihi

    ReplyDelete
  18. Apa tunggu lagi, pihak university buat kajian la. Manatau mmg mujarab sebagai ubat kencing manis. Boleh jadi bahan export ganti sawit. Apa2 tukar rebrand nama dulu, nanti persatuan mamak protes. Mungkin tukar buah kelmantam (kelat+manis+hitam)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....