Jika telingaku tidak capang
mungkin kini aku sudah menggapai cita dan harapan
Jika telingaku tidak besar
mungkin kini aku sedang berlatih menembak di padang sasar
Jika telingaku sempurna
pasti hari ini aku tidak kecewa
Ya Tuhan
apa dosaku
mengapa aku di hina
kerana sebuah anugerahMu yang begitu sempurna?
Jika Kamarudin Osman seorang penyair mungkin itulah antara bait-bait nada kecewa yang diucapkannya.
Kamarudin, 19, dari Desa Bidara, Kuala Ketil, Kedah, terpaksa melupakan cita-citanya sejak kecil untuk menjadi polis apabila panel ujian fizikal PDRM mendakwa telinganya besar dan oleh itu dia tak sesuai menjadi konstabel polis. Kamarudin terkilan selepas gagal mengikuti ujian fizikal lain apabila fizikal badannya yang bertelinga besar itu dikatakan tidak memenuhi syarat diperlukan.
Kamarudin...apa salahku bertelinga besar?
“Saya tidak rasa telinga saya besar. Saya betul-betul berminat untuk menyertai pasukan polis. Bagi saya, minat dan komitmen itu lebih penting daripada segala-galanya,” kata Kamarudin.
Kamarudin adalah bekas kadet polis Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri selama tiga tahun dan dia pernah mengikuti latihan menembak ketika di bangku sekolah. Dia yang memiliki ketinggian 172 sentimeter, mempunyai kesihatan yang baik selain aktif dalam bidang sukan ketika di bangku sekolah.
Kamarudin adalah bekas kadet polis Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri selama tiga tahun dan dia pernah mengikuti latihan menembak ketika di bangku sekolah. Dia yang memiliki ketinggian 172 sentimeter, mempunyai kesihatan yang baik selain aktif dalam bidang sukan ketika di bangku sekolah.
“Saya terlalu meminati bidang kepolisan. Saya pernah ponteng sekolah untuk menghadiri kursus menembak. Saya tahu, perkara itu salah, tetapi minat saya mengatasi segalanya. Sejak kecil saya meminati bidang kepolisan ini. Saya yakin mampu melakukan yang terbaik sekiranya diberikan peluang ini", kata anak bongsu daripada enam beradik itu kepada Sinar Harian.
Menurutnya, panel pemilihan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit menilainya sebelum mengatakan dia gagal untuk meneruskan ujian seterusnya hanya kerana telinganya besar.
“Siapa yang inginkan telinganya besar, itu adalah takdir Tuhan. Tinggi, berat badan, ukur lilit dada dan pernafasan saya mengikut syarat yang ditetapkan, tetapi masih gagal meneruskan ujian lanjut," katanya lagi.
JR sendiri tak faham mengapa telinga besar dijadikan alasan oleh Panel Pemilihan PDRM untuk menolak permohonan Kamarudin. Jika kerana tak cukup berat atau tinggi atau kerana tidak memenuhi pencapaian akademik yang disyaratkan, JR boleh faham. Tapi alasan telinga besar sangat lucu!!
Apa pentingnya sangat telinga kecil berbanding telinga besar untuk menjadi polis? Adakah bila menjadi polis, pistol perlu diselitkan di telinga dan oleh itu tak sesuai bertelinga besar kerana takut pistol jatuh ke tanah? Atau adakah kerana orang yang bertelinga besar menakutkan orang ramai yang akan berurusan dengan polis dan oleh itu anggota polis tak sesuai bertelinga besar?
JR harap JR salah membaca berita pelik ni. Jika korang nak baca sepenuhnya berita itu, klik di sini....
Takde la macm telinga gajah pun kan.kan...
ReplyDeleteBiasa la tu kalo nak reject,
cuba kalo pakai *org dalam..*, tak cukup ktinggian pn terima...
Saya tak nak buat pelbagai andaian.
ReplyDeleteKonklusinya tak Ada rezeki nak jadi polis buat masa
sekarang. Cuba lagi pengambilan akan dtg, muda lagi tu.
apa la nasib..
ReplyDeletekejam sangat pemilihan...
nak kerja pun susah, banyak sangat memilih,..
untungla ada orang nak sertai polis daripada takde..
dah ada, memilih plak...
krang kalo x de baru padan muka
Selalunya kalau telinga capang orangnya bijak.
ReplyDeleteCuba dilain masa mana tahu kalau ada rezeki.
Sempurna dia tu Bro JR!..kesian..telinga anugerah Allah disalahkan.
ReplyDeleteApapun bukan rezeki dia. Boleh terus cuba lagi ya.
emmm..kesiannye dy.....
ReplyDeletepolitik
ReplyDelete