»

28 March 2012

Gadis Melayu Kaum Paling Gedik Di Malaysia?


Salam pagi Rabu buat semua pembaca blog JR.

Pertama sekali JR harap korang jangan tersentak dengan tajuk entri JR di atas. Ia bukan kesimpulan JR, tapi satu persoalan berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dari 2008 hingga  tahun lepas, sejumlah 7,662 orang dilaporkan hilang di seluruh negara dengan purata kehilangan dua orang sehari. Dua orang hilang setiap hari bukan satu jumlah kecil, beb. Kalau dua orang sebulan masih OK, tapi dua orang hilang sehari ia satu angka yang bagi JR sangat membimbangkan. 

Dari segi umur pula kebanyakan yang hilang (42%) adalah remaja berusia 14 hingga 17 tahun. Dari segi kaum pula, 71.8 peratus yang hilang adalah gadis dan wanita Melayu.



Berdasarkan rumusan polis kebanyakan yang hilang bukan kerana hilang diculik, tapi sengaja menghilangkan diri, kebanyakannya kerana mengikut teman lelaki mereka. Kalau berusia 12 tahun ke bawah bolehlah dikatakan diculik, tapi jika dah berusia belasan tahun hingga 20 tahun lebih, ia kebanyakannya memang sengaja lari dari rumah atau seperti dua kes terbaru baru-baru ini sengaja pura-pura dicolek.
Yang JR agak heran mengapa kebanyakan yang hilang (71.8 peratus) adalah Melayu? Kita kata Melayu kaum bersopan santun, kita kata Melayu berpegang kuat kepada agamanya, tapi mengapa Melayu yang bersopan santun dan kuat beragama itu yang paling ramai lari dari rumah?
Apa sebabnya? Adakah kerana...
- Adakah kerana faktor genetik: gadis Melayu lebih gedik, lebih gatal daripada gadis bukan Melayu? Kalau faktor genetik bahwa Melayu memang lebih gedik dari kaum lain tak boleh buat apa-apalah..
- Atau kerana ibu bapa Melayu kurang memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka berbanding kaum lain yang lebih menyayangi keluarga mereka?
-Atau kerana orang Melayu kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka berbanding kaum-kaum lain yang memberi penekanan agama kepada anak-anak mereka?
-Atau kerana faktor tekanan hidup: remaja Melayu dari keluarga berpendapatan rendah lari dari rumah kerana ingin mencari kehidupan yang lebih baik yang dijanjikan teman lelaki dan pihak-pihak lain yang mereka kenali?
JR cuma cuba meneka jawapannya. JR sendiri tak tau apa puncanya mengapa ramai gadis Melayu yang lari dari rumah.  Mungkin korang tau jawapannya?

5 comments:

  1. pendek akal sebenarnya... tak reti fikir panjang... :(

    ReplyDelete
  2. nak terikut-ikut trend zaman sekarang yang dianggap setailo sgt...tu la ni jadi nyerr

    ReplyDelete
  3. No komen,

    tp ada kebenaran jugak kata mr clive...

    Ermmm

    ReplyDelete
  4. Keadaan yang membimbangkan.. Dalam rancangan al-kulliyah jumaat lepas mengatakan setiap 17 minit lahir seorang bayi luar nikah Dan majority di rangkul olih gadis melayu yang beragama islam tentunya. Apakah...

    ReplyDelete
  5. tak tau nk kata apa....risau pun ada...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....