Salam malam minggu buat semua pembaca blog JR.
Entah macam mana, pagi tadi, ketika bercakap ramai-ramai sesama lelaki, keluarlah berbagai petua menarik mengenai perkara-perkara yang kita sendiri sebenarnya tak dapat tentukan kebenarannya. Antaranya ialah tips untuk mendapat anak bagi pasangan yang sukar dapat anak. Bagi pasangan yang sudah terjamin subur pula mereka mahu jantina anak mengikut susunan tertentu.
Berikut ialah beberapa tips yang JR ambil dari pendapat Pakar Sakit Puan, Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat:
1. MELALUI PEMAKANAN
Mengikut kajian pakar perbidanan dan sakit puan, Prof. Roger Hanrion dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:
i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram.
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu.
Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan serta merta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus sahaja.
2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Waktu subur biasanya adalah antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid. Untuk menentukan jantina anak, ikutilah peraturan ini:
i. Untuk mendapat anak lelaki, hubungan seks perlu dilakukan pada hari subur.
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, hubungan seks perlu dimulakan 24 jam sebelum waktu subur.
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.
Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.
3. TAHAP KEASIDANAN
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak:
i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan hubungan seks (Awas: Jangan gunakan asid yang boleh mencederakan diri!!).
ii. Untuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan hubungan seks.
4. TAHAP KEPUASAN ISTERI
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan hubungan seks, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

1. Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
2. Pastikan hubungan seks dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.
3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembiskan di bahagian pangkal rahim.
4. Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya.
Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang, Allah jua yang menentukan sesuatu...
hoho setailo giler...xtau pulak ade penerangan saintifik untuk kes gini...thanks for the info bro! :D
ReplyDeleteinfo menarik :)
ReplyDeleteJR..
ReplyDeleteKakya tak layak nak komen.. :)
ohhhh..itu cara die ae..hehehe
ReplyDeletememang dah tahu sebelum nie...thanks JR..
ReplyDeleterezeki dtg dr Allah swt. klau dia bg laki, laki lah. klaubdia bg perempuan, perempuan lah.
ReplyDelete