Salam petang minggu buat semua pembaca blog JR.
JR sebenarnya tak tau berapa umur korang. JR pun tak tau sama ada korang dah cukup umur, dah akil baligh, dah mimpi pernah mengundi...Tapi apa pun, jika dah layak mengundi, eloklah mengundi dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Tapi sebelum mengundi kena pastikan korang daftar mengundi dulu.
JR tau ramai kalangan kita yang tak pernah daftar mengundi, walaupun dah layak mengundi. Ia seperti orang yang dah layak kawin, tapi masih membujang. Malangnya kebanyakan mereka yang belum daftar mengundi ni ialah orang Melayu. Seperti kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, daripada 3.7 juta pengundi yang belum mendaftar, dua juta terdiri daripada orang Melayu.
Daripada dua juta orang Melayu yang tidak mendaftar itu, 60 peratus adalah terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 40 tahun.
Mengapa ramai yang tak mau mengundi? Ada yang kata sama ada mereka mengundi atau tak mengundi, kerajaan yang ada hari ini tetap berkuasa. Ada pula yang fed-up dengan parti A dan parti B yang mereka kata kedua-duanya teruk, penipu dan tak boleh dipercayai. Jadi mengapa perlu memberi undi kepada salah satu daripada parti teruk itu??
Sebenarnya dalam pengundian, kita bukan saja berhadapan dengan pilihan the best of the best party, tapi kadang-kadang perlu memilih antara the best of the worst party. Sebenarnya kata sesetengah orang memilih the best of the best adalah lebih baik daripada memilih the best of the worst. Seperti kata seorang kawan JR yang dah 2 kali tak pergi mengundi, dia keliru untuk memilih kerana kedua-dua parti besar di Malaysia itu adalah seperti tong sampah, soalnya antara dua tong sampah tu dia tak tau tong sampah mana yang bersih sikit? Jadi kerana tak tau nak pilih tong sampah mana, dia pun tak pergi mengundi!!
Sebenarnya dalam negara demokrasi, pilihanraya adalah sangat penting. Salah jika menyatakan pilihanraya tak penting. Pilihanrayalah yang akan menentukan siapa yang bakal memerintah kita. Pilihanrayalah yang akan menentukan sama ada kerajaan adil yang memerintah, atau kerajaan zalim yang memerintah. Pilihanrayalah yang akan menentukan sama ada nasib rakyat akan terbela atau nasib rakyat akan terabai. Pengundi baru adalah sangat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah. Lihat kembali bagaimana Barack Obama menang presiden Amerika Syarikat tiga tahun dulu. Bukankah pengundi baru yang menghantarnya ke Rumah Putih?
Kepada korang yang belum daftar mengundi, gunakan kuasa korang untuk menentukan kerajaan. Jangan abaikan kuasa yang telah diberi di bawah Perlembagaan kepada kita. Jika sukar memilih kerana berasa kedua-dua parti sama-sama baik, buatlah pilihan antara the best of the best. Tapi jika susah memilih kerana berasa kedua-duanya teruk, kedua-duanya sampah, pilihlah the best of the worst.
Gunakan akal yang dianugerah Allah. Pasti ada pilihannya.....
deno dah daftar :)
ReplyDeletesemua malas mau register la tu...haha...**tapi dah register da sy** hoho
ReplyDeleteHarap ramai golongan muda pergi mengundi..
ReplyDeletedah daftar.hi...hi..hi...
ReplyDeletetak pernah mengundi lagi huhuhu
ReplyDelete