Tragedi menyayat hati ni berlaku tak jauh dari rumah JR. Cuma 3 km saja dari rumah JR. Malam tadi bila JR ke kedai beli barang dah dengar orang bercakap mengenainya. Kesian nasib pompuan tu. Akhirnya dia mati dalam keadaan yang sangat tragik dibunuh oleh bekas suami sendiri.
Kerja pompuan ni sebagai tukang tilik. Dia pandai menilik nasib orang, tapi dia tak tahu menilik nasib dirinya sendiri. Dia tak tau ajalnya akan berakhir di tangan bekas suami sendiri. Dia pandai menasihat orang pilihan yang patut mereka buat, tapi dia tak pandai menasihat diri sendiri apa pilihan yang patut dia buat. Jika dia tau dia akan mati di tangan bekas suaminya, tentu dia tak akan kawin dengan lelaki tu. Kalau dia tau dia akan mati kelmarin, pasti dia akan lari jauh-jauh meninggalkan Alor Setar bagi mengelakkan kematiannya.
Anak mangsa menangis melihat mayat ibunya...
Sesuatu yang kadang-kadang manusia lupa, ajal maut ditangan Tuhan. Jika Allah telah menentukan hari ini adalah hari terakhir kita, tiada apa yang dapat dilakukan bagi mengelakkannya. Tukang tilik pun tak dapat membantu kita, kerana dia juga tak dapat membantu dirinya sendiri...
Untuk berita selanjutnya mengenai tragedi berdarah ni, baca di sini....
Huhuu dan yang peliknya, kadang orang boleh percaya apa yang tukang tilik cakap walhal tukang tilik tu sama-sama manusia.
ReplyDeleteDarah ke tu kat tgn anak dia? Seram betul dunia skrg. Semuanya nak diselesaikan dgn membunuh.
ReplyDeletemcm mcm betol la perangai org skrang ni...haih
ReplyDeletehuhuhuu....menakutkan.
ReplyDelete