Salam pagi Ahad dan salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog JR.
Ketika jejari JR sedang menari ni, JR baru habis baca satu kisah malang mengenai seorang wanita berusia 27 tahun yang tiba-tiba dalam sekelip mata bertukar menjadi wanita berusia 77 tahun. Dia tiba-tiba menjadi tua bukan kerana disumpah oleh raksaksa atau dewa laut, tapi akibat memakan sejenis ubat trasdisional bagi merungkai masalah kesihatannya.
Nguyen Thi Phoung: dulu cantik sekarang tua kerepot....
Menurut artikal yang JR baca tu, segalanya berpunca apabila Nguyen Thi Phuong makan makanan laut tanpa menyedari yang dia punya alahan ekstrem terhadap makanan tersebut dan kesannya, muka Phuong ditumbuhi ruam.
Bagi mengubati ruamnya, Phoung membeli ubat gatal di farmasi berhampiran rumahnya tetapi ruamnya semakin teruk. Dengan pendapatan suami cuma RM440 sebulan dia tak mampu dapatkan rawatan di hospital.
Phoung cuba beralih kepada rawatan tradisional dan kesan gatal mula hilang tapi kulitnya mula berkedut seperti orang tua. Dada dan perutnya yang tegang tiba-tiba jadi menggelembir seperti orang yang pernah banyak kali melahirkan anak walaupun Phuong yang berusia 27 tahun itu belum punya anak.
Dr Vo Thi Bach Suong dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang merawat Phoung merumuskan apa yang berlaku kepada wanita itu adalah akibat pengambilan ubat tradisional yang mengandungi steroid jenis kortikoid.
"Pengambilan kortikoid dalam tempoh yang panjang akan meninggalkan kesan kepada kulit termasuk kulit membengkak dan pertumbuhan kulit yang tidak normal. Ramai pengamal perubatan tradisional menggunakan kortikoid dalam ubat mereka" kata Dr Suong.
Phoung yang pernah menjadi ratu cantik di kampungnya semasa belum kahwin dulu kini sangat malu dengan wajah hodohnya. Dia terpaksa menggunakan topeng muka setiap kali keluar rumah bagi megelakkan dirinya dikenali.
JR tak pasti jika korang (yang wanita) menghadapi masalah serupa ni, apa reaksi boyfren, tunang atau hubby korang? Masih menerima seadanya atau lari sejauh mungkin dari isterinya yang kini layak dipanggil nenek?
Bagi Phoung pula dia amat bernasib baik kerana suaminya Tuyen masih di sisinya dan menyokongnya.
Bagi Phoung pula dia amat bernasib baik kerana suaminya Tuyen masih di sisinya dan menyokongnya.
Tuyen: "Bagaimanapun wajahmu sayang, aku tetap cinta padamu..."
"Sukar untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara suami isteri, tetapi fahamilah bahawa saya masih menyintai isteri saya sama seperti dahulu" kata Tuyen.
Moral kisah ini pertama, jangan percaya bulat-bulat dengan ubat tradisional yang belum diuji dari segi perubatannya. Kedua, wajah milik kita secantik mana pun cuma pinjaman Allah. Dia boleh menukarnya dari seksi menjadi kembung berisi, dari ayu menjadi layu, dari ratu cantik menjadi ratu itik......
dah baca kat mastika..best dpt husband ada lam susah n senang
ReplyDeleteouh..cik penah bace kisah ni..kesian pon ade gak kt sis ni..>,<
ReplyDeleteOwh.. Dah baca gak citer nih.. Mmg tragis laaa .kesian!
ReplyDeleteerrrr.. menakutkan.. hmm biler2 boleh jdi
ReplyDeletehuish.. takotnye kalo bnde nyh jd..
ReplyDeleteya Allah! dahsatnya ubat yang dia amek! nauzubillah. takut...
ReplyDeleteerrr.. buku tu dah ada kat kedai buku ana muslim. or boleh order ngan saya dan delivery via pos :)
kesian gle kat die...
ReplyDeletekesiannya alahai...jauh sangat bezanya tu..
ReplyDeletenasib baik suaminya tabah cam dia gak... bukan sng nak jumpa suami gini...hu3.salam singgah
ReplyDelete