Salam malam Rabu buat semua pembaca blog JR
Syukur alhamdulillah malam ni JR dapat bersiaran semula dan dapat menemui korang semula. Semoga semua korang sihat. Tak seperti JR yang dah masuk tiga hari demam. Yang paling teruk semalam rasa macam nak pitam. Mujur petang ni nampak macam dah nak kebah. Pening-pening dah berkurang. Jejari yang lenguh satu macam pun dah pulih 85%..dapatlah ia menari semula. Cuma tinggal batuk yang sesekali memecah sepi. Alhamdulillah...
Bila ke klinik semalam, tengok ramai pesakit datang dengan simptom demam. Kata doktor memang biasalah di musim cuaca tak menentu seperti ini ramai yang demam. Doktor yang merawat JR pun baru pulih dari demam!!
Kepada korang yang masih sihat walafiat, jaga-jagalah kesihatan korang. Banyakkan mandi, banyakkkan minum air. Jaga kesihatan, jangan sampai sakit, kerana bila sakit semua orang di sisi kita susah...
Salam JR..
ReplyDeleteSkarang ni cuaca tak menentu...betul kata doctor tu..
Minum air bnyk2. Jaga kesihatan.. Mkn obat rehat... Xyah nak ngadap.. :) ( seorang kakak membebel)
jgn lupa bace doa Nabi Ibrahim..insyaallah panas trun
ReplyDeleteSakit adalah penghapus dosa kecil.. :)
ReplyDeleteHati2 dgn demam virus.
ReplyDeletemoge cepat sihat..=)
ReplyDelete