Takutnya JR dengan berita ni. Patutlah orang yang "putus wayar" boleh ditemui di mana-mana!! Di stesen bas ada, di stesen teksi ada, di supermarket ada, dekat ATM ada, di mana-mana pun mereka ada kerana setiap 6 orang yang kita jumpa, seorang mungkin merupakan orang yang otaknya bermasalah!!
Apapun, JR harap tiada blogger sahabat-sahabat JR dari kalangan yang "putus wayar" dan "otak bermasalah" ini...Kita semua sihat-sihat kan, mental dan fizikal, insyaallah...
Mengikut tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011, 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental (bahasa orang-orang biasa: gila!!).
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada 6 rakyat negara ini ada penyakit mental.
"Macam kemurungan ada 2%, sakit risau ada 1.8% dan psikosis ada 1%. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan... penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain," katanya seperti yang tersiar dalam Bernama.
Yang lebih membimbangkan kata Dr Abdul Kadir, Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita 2 kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
"Puncanya (sakit mental) bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak. Kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Korang bayangkan jika satu dari enam orang di sekitar kita adalah orang gila, ia sangat mengerikan, tapi itulah realiti yang kita hadapi. Hantar anak ke sekolah dari 24 orang guru, 4 orang darinya gila. Pergi ke pejabat kerajaan, dari 120 staf, 20 daripadanya gila. Kemudian tengok barisan menteri-menteri yang memerintah negara, dari 18 menteri 3 darinya gila. Ia pasti sangat dahsyat jika yang dibayangkan itu benar (mujur ia tak benar!!)

Apa pun berdoalah kita supaya kita dan keluarga sentiasa dipelihara Allah kesihatannya, kesihatan mental dan kesihatan fizikal, amin.....
errr.. kkdg bolat rse mcm xkena dgn otak.. hurmm
ReplyDeletewanita lebih ramai ye..moga dijauhkan..insya allah..
ReplyDeleteKesan tekanan yang terlalu berat..
ReplyDeletemmg bahaya, dalam diam jer.. padahal sakit
ReplyDelete