»

15 February 2012

Orang Baik Tak Layak Jadi Artis??


Salam untuk semua pembacsa blog JR. Semalam JR tak bersiaran langsung di blog ni kerana selain dari terlalu la sibuk, JR juga kecil hati dengan si-kenit @ internet ni yang bergerak lebih pelan dari siput babi. Lambat sungguh, sampai boleh terlelap depan laptop. Pelan sungguh sampai nak melawat blog kawan-kawan pun tak sempat.

Tapi lupakan sekejap pasal kisah internet. Tumpukan sekejap kepads tajuk entri di atas. Pasti bagi mereka yang bergelar artis ia sebuah tajuk yang kejam. Orang baik tak layak bergelar artis? Dunia artis dunia orang-orang jahat, dunia kaki-kaki night club, kaki dadah, kaki botol, kaki betina, kaki jantan? 

Memang kejam sangatlah jika nak tuduh semua artis jahat. Berprasangka baik sikitlah. Majoriti artis memang baik. Tapi kerana yang jahat tu ramai, maka orang pun cop semua artis jahat. Tak adil sungguh!!

Sebenarnya yang kata orang baik tak layak jadi artis ialah seorang rakan JR. Katanya  dunia artis seperti tong sampah yang penuh ulat, jika ada orang baik yang masuk dalam tong sampah badannya juga akan berbau busuk. Jadi katanya jangan jadi artis jika tak mau badan berbau busuk.

Pagi ni bila JR terbaca berita di bawah ni, tiba-tiba JR teringat pesan kawan JR tu: orang baik tak layak jadi artis:

Saiful Apek positif dadah


PETALING JAYA - Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja selepas menjalani ujian air kencing susulan penahanan mereka di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dua tahun lalu.

 

Menurut Sarjan M. Sanggar, 48, dia diarahkan membuat ujian berkenaan oleh Cif Inspektor Shaifuddin Mohd. Zulkifli, 31, yang mengetuai serbuan terhadap keempat-empat tertuduh di sebuah unit kondominium No. 306, Blok C, Sunway Kondominium, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun 2010.

Namun Sanggar mengakui telah melakukan kesilapan pada butiran label bekas air kencing milik Saiful Apek dan tertuduh wanita, Noremy Mohamad apabila menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.

Ketika diminta peguam Zambri Idrus yang mewakili tertuduh untuk menjelaskan kesilapan tersebut, saksi berkata, tidak apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang kesilapannya.

(Sumber: Kosmo Online)

JR: Siapa yang tersilap: Polis atau Saiful Apek? Jika polis tersilap, Saiful Apek boleh lepas dari dikenakan hukuman. Tapi jika Saiful Apek yang tersilap, habis la dia....

5 comments:

  1. sebab sorang dua aje yang buat hal.sama jugak macam hollywood. bukan semua artis yang buat hal...huhu :)

    ReplyDelete
  2. dulu ada gak la cita2 nak jadi pelakon..ahaks..tapi masa kecik lah..entahlah apek ni..kontrovesi dari dulu lg dengan dadah..doakan yang terbaik lah untuk dia..

    ReplyDelete
  3. SAYA PUN SEPENDAPAT DENGAN KAWAN JR TU..:P

    ReplyDelete
  4. Huhu carilah kerja lain selain retis-retis nih

    ReplyDelete
  5. tak sudah-sudah apek ni... hmmm...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....