»

13 February 2012

Awas.. Pasangan Yang Raikan Hari Kekasih Akan Ditangkap Polis


Dah beribu kali setiap tahun ada pesanan dari ulamak bahwa orang Islam dilarang raikan hari kekasih kerana ia bukan amalan Islam, tapi  geng-geng cintan monyet ni masih tak paham-paham bahasa. Nak mengaku yang mereka keturunan St Valentine tak mau, tapi amalan yang diasaskan oleh paderi besar Kristian tu jadi ikutan mereka saban tahun pula.

Dan sekali ni kerajaan kita yang selalu pekak badak tu juga sudah tak tahan sakit telinga lagi. Dan sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengarahkan semua Jabatan Agama Islam Negeri MENANGKAP pasangan-pasangan Islam bukan mahram yang meraikan Hari Kekasih pada malam ini dan esok.

Sama ada arahan pak menteri tu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri kita nantilah berita selanjutnya. Kita tengoklah berapa ratus atau berapa ribu yang kena tangkap malam ni dan esok kerana merayakan Hari Kekasih. Jangan hangat-hangat tahi itik dah ler...

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

NONEBeliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.

"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.

Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.

 
(Sumber: Bernama)

5 comments:

  1. biasanya suami isteri tak sambut pun hari kekasih..hari ulang tahun perkahwiman pun kadang2 lupa..hehehe

    ReplyDelete
  2. Kita tengok apa hasilnya Dari arahan ini.

    ReplyDelete
  3. memang tak boleh sambut pun...tue ikut cara kristian huhuhu

    ReplyDelete
  4. tangkap jgan tak tgkap.....

    ReplyDelete
  5. aduhai..patut la malam tadi kuar mkn dengan tunang tgk lengang aje..online kejap fb pkai hp terbaca pasal amaran ni..kelam kabut kitorang balik keh3

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....