»

15 February 2012

Aneh...Nenek 100 Tahun Bertukar Jadi Anak Dara Sunti 16 Tahun


Pada 5 Februari lepas JR ada tulis satu entri  mengenai seorang wanita  berusia 27 tahun dari Vietnam tiba-tiba bertukar menjadi nenek berusia 77 tahun.

Malam ni JR  nak ceritakan satu berita sebaliknya pula: kisah seorang nenek berusia lebih kurang 100 tahun tiba-tiba bertukar menjadi anak dara sunti berusia 16 tahun. Yang istimewanya ialah cerita ini berlaku di Malaysia. Untungnya nenek tu kan??

Nenek itu Puan binti Ahmad yang usianya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang,  Kangar, Perlis mempunyai empat anak berusia antara 58 hingga 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit.
  
"Saya dah tak ingat usia sebenar saya.  Tapi saya hidup pada zaman penjajah," kata Puan ketika ditemui Bernama di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria.

Mengapa usia nenek 100 tahun itu tiba-tiba 'gostan' ke belakang?

Ia sebenarnya berlaku kerana kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tersilap merekodkan tarikh lahir warga emas itu. Pada MyKad Puan tertulis tarikh lahirnya pada 12 April 1996.  Kesilapan JPN itu juga menyebabkan Puan menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Cucu kepada nenek malang itu,  Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kes itu  telah dirujuk kepada JPN tapi hingga kini belum ada tindakan susulan diambil oleh jabatan tersebut.

(Sumber info: Bernama)




5 comments:

  1. hahahaa macam mana la boleh silap. kasihan nenek itu

    ReplyDelete
  2. hahaha ingatkan betol2 gostan!hahaha XD

    ReplyDelete
  3. hah silap tarikh lahir ropeernya...huhuhuuu

    ReplyDelete
  4. Morning JR..

    Macam mana boleh silap....

    ReplyDelete
  5. Ingatkan rupa dia yg bertukar. Atau dia hilang ingatan cuma ingat kenangan lama je. Saspen betul.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....