Salam malam Jumaat buat semua pembaca blog JR.
Ketika bersendirian di kamar malam ini, tiba-tiba teringat semasa zaman persekolahan dulu. Entah macam mana, teringat pula cikgu J guru sivik kami. Yang seronoknya mengenai cikgu J ini ialah dia gemar berlawak. Dia juga selalu mengulangi ungkapan "negara makmur rakyat mewah". Dia selalu memuji negara kita yang katanya subur serta makmur dan rakyatnya juga mewah, tidak seperti negara-negara lain yang rakyatnya ramai miskin.
Kerana terlalu terpengaruh dengan ungkapan "negara makmur rakyat mewah", JR kerap menggunakan kalimat sakti cikgu J itu dalam subjek karangan Bahasa Malaysia. Walaupun ketika itu keluarga JR tak lah semewah mana, tapi kerana cikgu kata "rakyat mewah", JR percaya itulah "kemewahan" yang dimaksudkannya.
Bila saja lepas sekolah menengah, kemudian belajar lagi ke peringkat lebih tinggi, lepas tu bekerja, JR pun sudah tak ingat lagi tentang ungkapan "negara makmur rakyat mewah".
Hingga pagi tadi, bila JR lihat gambar di bawah ni baru JR teringat balik ungkapan "negara makmur rakyat mewah":
Gambar di atas ialah gambar ribuan rakyat yang beratur panjang untuk mendapat bantuan BR1M berjumlah RM500.
Kerana kesempitan hidup, wang RM500 amat bernilai bagi warga yang berpendapatan rendah dan miskin, sebab tu mereka sanggup beratur selama beberapa jam dibawah matahari terik untuk mendapatkan RM500. Kejadian ini dirakamkan di Klebang, Ipoh semalam di mana lebih dari 2,500 orang penerima BR1M sanggup berada di bawah sinar matahari hanya untuk mendapatkan RM500.
Ketika melihat begitu ramainya orang miskin di negara ini, semakin yakinlah JR bahawa negara kita memang sebuah negara makmur dan "rakyatnya mewah". Dik kerana terlalu mewahlah agaknya beribu-ribu orang "rakyat mewah" ini sanggup beratur panjang di bawah sinar matahari untuk mendapatkan wang RM500.
Salam JR..
ReplyDeleteSaya tak sanggup nak beratur panjang berjam gitu. Kalau saya rebah, duit bayar doctor nanti lebih Dari tu...
sebenarnyan kita amat bertuah dapat hidup dalam negara aman dan makmur... cuma ada di antara kita tidak mengsyukuri apa yang dinikmati sekarang... lebih sedih apabila keajaan kita yang banyak membantu rakyat tidak dihormati pihak tak bertanggungjwab...
ReplyDeletedeno sangat bersyukur dilahirkan di malaysia yang aman dan makmur :)
ok la tu 50 tahun memerintah dapat rm 500. tunggu lagi 50 tahun dapat lagi 500rm.
ReplyDeletehehehe
agak2 politik tak?
ReplyDeletemahasiswa dapat 200..seronok woo..jimat duit nak beli alat tulis..hehehe
ReplyDelete