»

02 February 2012

Hikayat 15 Budak Perempuan Miang


Salam pagi Khamis buat semua pembaca blog JR

Jika korang lelaki, JR nak tanya: pada usia berapa korang mula rasa mula nak menggatal, miang, rasa perlu ada sorang awek di sisi?? Usia 12, 13, 14 atau 15 tahun?

Jika korang pompuan pula, usia berapa korang mula rasa mula nak menggatal, miang, gedik, rasa nak berpacaran?? Usia 12, 13, 14 atau 15 tahun?

Benarkah seperti kata ahli seksologi pada usia 15 tahun wanita paling mudah digoda? Ini kerana pada usia itu hormon seks wanita paling aktif menyebabkan mereka mudah jatuh cinta, cepat merajuk dan marah jika cinta mereka tak kesampaian. Mungkin apa yang dikatakan pakar seksologi itu benar jika membaca berita ini:


KANGAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.



NOOR yang cedera selepas dibelasah 15 pelajar perempuan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.


Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.
Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.

Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.

Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.

Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.

“Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya,” kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang.

“Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka. Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah."
(Sumber: Kosmoonline)

5 comments:

  1. X ingat la JR.. Dah lama sgt.
    Dulu rumah saya Ada rules. Mesti sampai rumah sebelum maghrib. Tapi anak2 perempuan saya berpacaran agak lambat hinggalah saya sendiri rasa risau.

    ReplyDelete
  2. seingat saya... masa saya baya-baya tu... saya ramai 'peminat'... hehehe... bukan la nak bangga diri... tapi sbb sy budak main sukan - popular la sket...
    iye la kot... masa umur 15 ke 17 tu mmg macam-macam... ;p

    ReplyDelete
  3. bila kurang di didik dengan perasaan malu beginilah jadinya..

    buat anaya orang jaa depa nih.. :(

    ReplyDelete
  4. arra tak menggatal..orang yang menggatal dengan arra.haha

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....