»

03 February 2012

Beyonce Merengek Ketika Solat Jumaat


Seperti Jumaat lain, hari ini JR memang sibuk. Memandangkan Jumaat dan Sabtu hari cuti di Kedah, ia biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti keluarga. Tapi dalam sibuk macam mana pun, pasti solat Jumaat tidak boleh dilupakan. Dan hari ni JR seperti lazimnya solat di Masjid al-Bukhary, Alor Setar.

JR suka bersolat di Masjid al-Bukhary kerana selain dari dewan solatnya yang besar, ia juga terletak tak jauh dari teratak buruk JR. Hanya 10 minit saja dari rumah dah sampai ke masjid al-Bukhary:

 http://farm3.static.flickr.com/2503/3866203883_b189f37ecd.jpg

Tapi yang tak seronoknya ialah JR tak dapat beri 100% konsentrasi ketika sedang solat Jumaat hari ini. JR percaya mereka berdekatan JR di saf tengah tadi menghadapi masalah yang sama. Mana tidaknya, ketika sedang membaca Al-Fatihah di raka'at pertama, tiba-tiba terdengar suara wanita merengek di depan JR. Bacaan JR jadi kelam kelibut kerana suara rengekan wanita itu kuat dan sangat menggannggu!! Suara rengekan wanita itu bukan sekali, tapi banyak kali. JR tak kira pula berapa kali, kerana jika bersolat sambil mengira, tak tau lah apa hukumnya solat Jumaat JR hari ini. Mungkin kena ganti dengan solat Zohor kot!!

Bila saja selesai salam di rakaat kedua, mata JR terus mencari dari mana datangnya suara wanita itu...suara penyanyi Beyonce:

http://images.askmen.com/photos/beyonce/83792.jpg

Rupanya ia datang dari poket seorang lelaki berusia 20an. Cik abang ooooiii...kalau nak solat Jumaat atau apa-apa lagi solat jemaah, matikanlah henfon kau tu dulu. Ia sangat mengganggu tau!! Orang datang sini nak bersolat bukannya nak berkaraoke lagu penyanyi yang memang suka berpakaian seksi tu...

JR lihat lelaki itu bergegas meninggalkan dewan masjid sebaik selesai memberi salam. Mungkin malu, kerana banyak mata sedang tertumpu kepadanya. Atau mungkin juga sudah tak sabar nak menelefon balik si-pemanggil  yang pastinya bukan Beyonce...tapi mungkin seseorang yang seperti Beyonce yang tak faham waktu solat Jumaat....

5 comments:

  1. Eeeeee... Tak tau nak ckp apa bebudak muda gini...kalau xnak matikan hp tu.. Mode silent kan lah.. Adeh!

    ReplyDelete
  2. Tiada yang lebih penting dr panggilan Ilahi

    ReplyDelete
  3. kadang lupa.. penah gak kena. tapi ringing biasa je. tapi ganas juga la mata-mata menjeling...

    kalau imam sebelum mula solat bgtau pun bagus...

    manusia ni pelupa...

    ReplyDelete
  4. haishh.. klau ringtone yg baik skit okay la.. ini lagu kafir dlm msjid..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....