»

17 February 2012

Happy Birthday Tisha!!


Salam malam minggu buat semua pembaca blog JR. Hari ni JR lewat bersiaran lagi. Sibuk!!

Hari ni hampir separuh hari JR di hospital menemani isteri yang perlu menjalani minor operation. Operation kecil ajer di bahagian jari yang ada sikit masalah. Lepas operation JR dan isteri balik ke rumah. Yang bestnya isteri JR dapat cuti sakit seminggu. Dia yang best, minda rehat, tangan pun rehat sebab berbalut besar, tak payah masak... Kalau nak masak, JR la yang kena jadi tukang masak gantian. Tapi tak apalah, sesekali jadi tukang masak best juga, tunjuk bakat yang diwarisi dari Chef Wan, huhuhuhu...

Malam ni hujan turun dengan sangat lebat di Alor Setar disertai ribut dan petir yang tak henti-henti. Maklumlah dah hampir sebulan tak hujan. Air yang berbulan disimpan di awan nano mencetuskan geramnya dengan mencurahkan air bertan-tan ke atas bumi yang gersang. Suasana panas tiba-tiba bertukar dingin. Alhamdulillah..

Hari ini juga adalah hari istimewa buat seseorang yang sangat dekat dengan JR. Hari ini adalah hari jadi ke-13 Tisha:










Korang nak tau siapa Tisha? Dia adalah gadis cilik pengubat rindu JR. Gadis yang banyak membantu JR jika ibunya tiada di rumah. Gadis yang sambal tumisnya sangat memikat selera JR!!

Sempena meraikan hari jadinya malam ni JR buat la sikit majlis makan-makan keluarga...Happy  birthday Tisha!!

4 comments:

  1. selamat hari lahir utk tisha.

    hai sedap kemain nama dia.

    ReplyDelete
  2. hepy besday juga buat Tisha.

    ReplyDelete
  3. xpaham lagi...sape tisha ni lagi? huhu...xjelas sgtlah JR... :P

    ReplyDelete
  4. JR... puteri mu sangat comel..

    Hepi besday TISHA...!!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....