Memang tak dapat dinafikan, saat wajah isteri paling comel ialah ketika dia sedang mengandung. JR tulis ini dari pengalaman JR sendiri. Ketika itu wajah isteri akan nampak sangat berseri-seri. Dan yang paling berseri ialah bahagian perut mereka, membonjol dan seksi sangat-sangat!!
Tapi keseronokan menikmati keindahan perut seksi isteri sepatutnya hanya menjadi milik suami, bukan untuk dikongsi dengan semua orang. Isteri adalah hak suami, bukan public property!!
Sebab nak berkongsi dengan orang ramai bagaimana rupa perut isterinya yang seksi itulah agaknya mengapa Harith Iskander menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan. Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun Twitter miliknya beberapa hari lepas.
Sebab nak berkongsi dengan orang ramai bagaimana rupa perut isterinya yang seksi itulah agaknya mengapa Harith Iskander menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan. Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun Twitter miliknya beberapa hari lepas.
Tapi hari ni Harith dah memohon maaf.
"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya. Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.
"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua. Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.
Seperti yang korang tau Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010. Bunting pelamin lah tu....
Bagi JR sendiri, nak tergelak juga tengok gambar perut suami isteri ni. Jika perut Jezamine memboyot kerana ada janin di dalamnya, JR boleh faham. Tapi bila tengok perut Harith yang hampir sama besar dengan perut isterinya, ia memang kelakar. Mungkin nanti mereka beranak kembar: satu yang keluar dari perut Jezamine dan satu lagi yang keluar dari perut Harith, huhuhu....
tak baik tayang perut isterikan...aurat tue...
ReplyDeleteorang tak sekolah agama macam tu lah jawapan dia. bengap.
ReplyDeleteeeee.. xlawa pun.. memalukan
ReplyDelete