»

26 February 2012

Dilemma Gadis Berbulu Lebat


Salam petang minggu buat semua pembaca blog JR.

Tak perlu JR beritau, semua kita memang mempunyai bulu. Dan bulu yang paling lebat terletak di tempat-tempat tersembunyi dan strategik. Mungkin kerana tempat-tempat itu agak subur dan lembab, pertumbuhan bulu di tempat-tempat tersembunyi dan strategik itu lebih lebat dari tempat-tempat lain.

Tapi apa hal pula jika bulu tumbuh subur bukan saja di tempat-tempat tersembunyi dan strategik, tapi juga di seluruh tubuh? Dan yang lebih malang, ia berlaku ke atas  perempuan?

Dan itulah dilemanya...kisah ini berlaku di Bangkok. Baca seterusnya:

SUPATRA SASUPHAN sering dipanggil ‘muka monyet’ atau ‘gadis serigala’ namun keadaan tersebut tidak menghalangnya daripada berjaya dalam pelajaran.

Dia yang kini berusia 12 tahun menghidap Sindrom Ambras iaitu penyakit yang disebabkan oleh kecacatan genetik kromosom.



Menurut rekod, hanya 50 individu di dunia pernah mengalami penyakit tersebut.

Supatra ialah pelajar terbaik sekolahnya di Bangkok, Thailand.

Dia bercita-cita menjadi seorang doktor kerana ingin mengkaji lebih lanjut mengenai penyakitnya sendiri selain membantu keluarga dan masyarakat.

Semasa kecil, keadaan tubuhnya seperti kanak-kanak normal lain. Namun, apabila meniti usia remaja, bulu lebat mula tumbuh dalam kuantiti yang banyak di muka, telinga, kedua-dua belah tangan serta belakang badan. Walaupun bapanya membawa Supatra mendapatkan rawatan menggunakan kaedah laser, situasi abnormal itu tidak berubah sebaliknya bulunya menjadi semakin lebat.

“Pada mulanya ada orang suka mengejek saya dengan memanggil saya muka monyet tetapi sekarang tidak lagi. Saya berharap akan pulih satu hari nanti,” katanya yang gemar berenang, menari dan menonton rancangan kartun.

Bapanya, Sammrueng, 38, memberitahu, anaknya sukar bernafas kerana lubang hidungnya terlalu sempit.

Tetapi bukan itu sahaja cabaran yang dihadapi oleh Sammrueng dan isterinya, Somphon, 38, sepanjang mereka menjaga zuriat istimewa itu.

“Jiran-jiran sering mengumpat saya dan isteri dengan mengatakan kami selalu membuat dosa besar sehingga mendapat anak sebegini. Selain itu, gigi anak kami itu juga tidak membesar dengan normal manakala penglihatannya semakin kabur,” ujarnya.

Si ibu akan memotong bulu di kepala, telinga, belakang serta kedua-dua tangan Supatra setiap hari.

Bukan itu sahaja, anak mereka itu juga menggunakan syampu rambut yang khas untuk bayi kerana menghadapi masalah alergi dengan syampu biasa.



SAMMRUENG (tengah) berharap Supatra dapat sembuh daripada penyakit aneh yang dialaminya. 
(Sumber info: Kosmo Online) 

5 comments:

  1. Lihat Dari photo.. Dia nampak bersahaja dengan apa yang terjadi padanya...kuat semangat budak ni

    ReplyDelete
  2. stiap kelemahan itu akn terbit pula kelebihannya..syabas kt dia,tabah dgn dugaan hidup =)

    ReplyDelete
  3. aduh...cian la...tapi seperti yg deru ombak tulis,memang kuat semangat budak ni...respect!

    ReplyDelete
  4. humm betol la.. dia nmpk bersahaja.. mgkin dia da biasa dgn kehidupan dia yg mcm nih.. tp org lain x bole laa nk mengumpat kejadian mcm nyh..

    ReplyDelete
  5. smg nanti dapat menjadi dr yang hebat.. apabila pesakit menjadi dr, dia akan jadi lebih hebat dr doktor yg x sakit, sebab die akan belajar betul2 tuk mengkaji sedalam2nye.. dia belajar tuk diri sendiri, bukan belajar hanya mendapat title dr..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....