»

26 February 2012

Apa Dayaku Tinggal di Negeri Miskin....


Salam  pagi minggu buat semua pembaca blog JR,

Jika korang rajin melihat TV (TV Malaysia), ada satu hari pada minggu lepas atau minggu sebelum tu (dah lupa hari sebenarnya), muncul seorang lelaki berambut putih  dalam satu majlis di Sabah. Di hadapan ratusan rakyat Sabah, lelaki itu mengutuk-ngutuk Kelantan sebagai sebuah negeri termiskin di Malaysia.

JR terbaca dalam banyak blog, ramai orang Kelantan marah kerana negerinya dihina sebagai negeri miskin. Mereka kata tak patut seorang Perdana Menteri Malaysia menghina salah sebuah negeri dalam Malaysia. Ada yang kata meludah langit kena tahi hidung sendiri!!

JR tak mau komen apa-apa hal ni, kerana JR tak suka sangat bercakap tentang politik di sini. Apa lagi, JR dah banyak kali la juga ke Kelantan, negeri yang dikatakan miskin tapi tak nampak miskin sangat tu.

Cuma sebentar tadi JR terbaca dalam satu blog  bernama mountdweller menulis satu entri yang sangat menarik mengenai kemiskinan di negerinya Kelantan, seperti katanya:
WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......

=-> Kelantan negeri miskin tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh

=-> Kelantan negeri miskin Baju TRW lengan pendek Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetap di beli juga

=-> Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia

=-> Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina je, tapi di Kuala Lumpur?

=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

=-> Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand

=-> Kelantan negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku

=-> Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya

=-> Kelantan negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh!

=-> Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)

hanya orang yang pernah pergi ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan

Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

p/s: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin,jangan sesekali datang ke Kelantan!!! TQ kpd yg Berkongsi Info... 


2 comments:

  1. Rakyat tak bodo, buta dan tuli.
    Haji Najib meludah ke langit, akhirnya kahaknya tertimpa jambul Hajah Rosmah, keciannnnnnnnnnnnnn...

    ReplyDelete
  2. Mengikut rekod Unit perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, negeri termiskin di Malaysia ialah Sabah (bilangan keluarga termiskin 32,400), diikuti negeri termiskin kedua ialah Terengganu (bilangan keluarga termiskin 8,300), Sarawak (keluarga termiskin 5,200), Kedah (keluarga termiskin 5,000), manakala Kelantan negeri termiskin keenam (keluarga termiskin 3,600). Mungkin PM kita sibuk sangat di rumah menguliti Rosmah yg gedempol itu sampai tak sempat baca buku laporan Jabatan Perdana Menteri.

    Adalah diharapkan Perdana Menteri kita jangan jadi pemalas baca buku, seperti kebanyakan rakyat Malaysia lain. Jadikan membaca budaya kita. Kalau Najib rajin baca buku laporan pejabatnya sendiri pasti dia tahu kebanyakan negeri-negheri termiskin adalah negeri-negeri yang diperintah oleh BN sendiri (Sabah, Terengganu, Sarawak, Perlis dll).

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....