»

27 February 2012

Konsert Artis Menghina Allah Di Malaysia, Salah Siapa??


Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR. Hari ni JR lewat sikit bersiaran kerana terbabit dalam tugas di luar perancangan...

Malam ni JR nak bincang sikit mengenai satu isu sensasi membabitkan dunia hiburan tanah air.

Jika korang peminat hiburan, korang pasti tau esok seorang artis Barat kelahiran Amerika, Erykah Badu akan  mengadakan konsert di Malaysia.

JR sejujurnya tak kenal pun artis ni, selain dari kulitnya yang gelap, matanya yang kuyu dan tabiatnya yang dikatakan selalu berpakaian tak senonoh, apa yang istimewanya dia pun JR  tak tau.

Tapi yang lebih JR tak faham ialah mengapa di negara yang mengaku dirinya Islam seperti Malaysia kita membenarkan artis seperti ini mengadakan konsertnya. Dah la suka berpakaian tak senonoh, artis ni juga bangga dengan tatoo di badannya yang kelihatan sangat menghina Islam. JR tak mau promot  foto wajahnya di sini, buat mencemar blog ni aje..Kalau korang nak tengok wajah Erykah dan tattoo menghina Islam nya tu, carilah di blog lain, misalnya kat blog nie....

Artis wanita berusia 40 tahun itu pernah mengaku bahwa dia beragama Islam, sebab itulah dia meletakkan tattoo ALLAH di dada kiri dan kanannya.  JR dengar dari beberapa sumber berita, artis ni  merupakan salah seorang "penganut Islam" mazhab Five Percenters, satu mazhab di mana para ulama sunnah wal jamaah secara sepakat tidak mengiktiraf mereka sebagai salah satu jemaah dalam Islam.

Selain dari kalimah Allah Erykah Badu juga memakai tattoo lambang Yahudi Israel di tengah dan di bawah kalimah Allah. Apa tuujuannya buat begitu, untuk menghina Allah dan mengagung-agungkan Yahudi Israel?

Erykah Badu dijadualkan mengadakan persembahan secara langsung di Malaysia esok (28 Februari)  di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd.

Konsert “Erykah Badu Live in Kuala Lumpur” itu juga merupakan konsert di dalam siri jelajah ‘Australasia’nya dan Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama, mungkin sebagai satu penghormatan kepada Malaysia sebagai sebagai sebuah negara Islam.

Penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini pernah dikritik hebat ekoran sebuah video klip yang dirakamkan di bandar kelahirannya itu yang menampakkan dia berjalan-jalan sambil menanggalkan pakaiannya satu persatu sehingga berbogel sepenuhnya pada tahun lalu. Mengaku dirinya Islam, tapi wanita Islam apa gerangannya ni yang sanggup mendedahkan keseluruhan auratnya kepada semua orang? Gila!!

Yang JR hairan bin ajaib, ketika dalam TV hari-hari sejak dua minggu lalu kerajaan kita mengutuk Yahudi Israel tapi dalam masa yang sama kerajaan yang sama telah meluluskan konsert kepada seorang artis yang sangat jelas menghina Allah dan mengagung-agungkan Yahudi Israel. Apa sudah jadi??

Salah siapa ini semua berlaku??

3 comments:

  1. Hurmm.. Dunia dah akhir zaman...

    ReplyDelete
  2. COnfirm la salah pemerintah. Saya yakin ini adalah satu agenda utk provoc emosi rakyat Malaysia. Padahal Erykah Badu ni langsung tak popular di sini tepi kenapa dalam ramai2 artis US, dia ni yang nak buat persembahan kat sini. Penaja pun berani je taja konsert dia, padahal kita sedia maklum kalau konsert anak tempatan yang popular pun penaja takut nak taja. Nampak seperti ada penaja di belakang penaja yang menaja.

    ReplyDelete
  3. siapa yang diatas tengah memerintah?hmmm

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....