»

13 February 2012

Bergomol Lelaki-Perempuan Pun Dikira Dakwah??


Di Malaysia, artis di anggap sebagai public figure, selebriti, orang penting dalam masyarakat. Tapi kadang-kadang JR nak tergelak dengan kenyataan artis-artis kita di media. Apa lagi jika percakapan mereka mengenai bab-bab  agama, lagilah aku konpius!!

Misalnya ada pelakon kata mereka cuba berdakwah melalui filem dan drama lakonan mereka. Terbaru Johan Asa'ri @ Botak Juvana. Memang dia bekas pelajar Tahfiz, tapi adakah dengan tiket sebagai bekas pelajar Tahfiz dia berupaya mendakwahkan penonton menerusi lakonannya?

 

PETALING JAYA: Pelakon Johan Ariff Asa'ri, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz Al-Quran.

Johan berkata, berdakwah tidak semestinya memerlukan dia memakai jubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.

Johan merupakan pelajar Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009.

Tambah Johan, sebagai seorang pelakon, dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yang leka dengan gejala-gejala sosial.

"Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri.

"Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan," katanya lagi.
(Sumber: mStar)
JR agak keliru dengan kenyataan Johan tu. 

Jika ada drama dan filem yang dibuat dengan niat untuk berdakwah memang bagus. Tapi jika berdakwah melalui jalan cerita berpegang-pegang tangan, melekatkan dua muka lelaki-perempuan sampai hampir tersentuh hidung dan kadang-kadang bergomol lelaki perempuan (dalam aksi rogol), JR tak pasti sama ada ia adalah satu dakwah yang betul dan menepati sasaran. 
Dan satu lagi, pernahkah produser dan pengarah filem dan drama yang membikin filem dan drama kita  membuat kajian kepada penonton sejauh mana filem dan drama mereka berjaya mengubah orang jahat menjadi baik, mengubah sikap orang yang tak menghiraukan hukum Allah menjadi pengikut  Allah yang setia, mengubah fesyen wanita yang tak bertudung menjadi bertudung dan sebagainya? Jika filem dan drama kita berjaya mengubah sikap penonton, berjaya mengubah cara hidup penonton, barulah boleh kita kata filem dan drama kita berjaya mengubah penonton, berjaya mendakwahkan mereka. Tapi jika tidak??

Apa yang JR nampak pelakon Melayu sendiri pun tak pernah tersentuh dengan dakwah yang cuba mereka sampaikan dalam filem dan drama mereka. Dalam filem dan drama mereka berlakon seperti muslim dan muslimah sejati, bagi wanita siap bertudung, bercakap lemah lembut, solat tak tinggal tapi bila di luar gelanggang filem dan drama macam-macam cerita pula yang keluar: ada artis yang menjadi kaki night club, minum minuman keras dan lain-lain.

Bagaimana artis nak berdakwah jika diri sendiri pun gagal didakwah?

Dalam kes Johan Botak, memang setakat ni belum nampak cerita-cerita negatif mengenainya di luar. Berita terbaru mengenainya ialah dia kononnya sedang intim dengan pelakon Nabila Huda yang banyak isu kontroversi itu. Apa kata jika Johan cuba mendakwahkan Nabila sebelum mendakwahkan penonton??

4 comments:

  1. satu lagi alasan...cubaan utk menghalalkan ape yg sah2 haram..

    ReplyDelete
  2. nama pun artis..depa ni bukan paham apa yang depA cakap..heheh

    ReplyDelete
  3. sejak saya menerima dakwah johan, saya dah semakin insaf sekarang. Barulah saya tahu bahawa berpegangan tgn diantara lelaki dan wnaita yg bukan muhrim itu boleh.

    -yang benar;
    gadis liar.

    ReplyDelete
  4. kekekekek..pelik jgk gn die ni..smpai la ni susah nk bygkn canelah life die kat skolah pondok dlu..skrg jd ceni plak..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....