Salam petang Sabtu buat semua pembaca blog JR.
Dah makan tengahari ke? Jika makan, korang pasti makan sambil duduk kan?
Jika minum pula?
Kadang-kadang ada yang kerana kesibukan mengejar masa minum sambil berdiri.
Tapi tau ke korang betapa bahayanya minum sambil berdiri ini jika selalu diamalkan?
Jika minum pula?
Kadang-kadang ada yang kerana kesibukan mengejar masa minum sambil berdiri.
Tapi tau ke korang betapa bahayanya minum sambil berdiri ini jika selalu diamalkan?
Mengapa kita dilarang minum air sambil berdiri?
Dalam sebuah kajian kesihatan akupuntur yang dibuat oleh sekumpulan ahli akupuntur, membuktikan bahwa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik berbanding minum sambil berdiri. Ini kerana air yang kita minum ketika duduk akan disaring dengan sempurna oleh pos-pos penyaringan yang berada di buah pinggang.
Sebaliknya, jika kita minum air sambil berdiri, air yang kita minum itu masuk terus tanpa disaring lagi kerana pos-pos penyaringan hanya terbuka ketika fizikal badan kita dalam keadaan duduk. Sebaliknya jika kita minum sambil berdiri, pos-pos penyaringan tertutup dan oleh itu air akan terus menuju ke pundi-pundi kencing. Ketika air itu terus menuju ke pundi-pundi kencing, lalu terjadilah pemendapan yang mewujudkan kristal, seterusnya menyebabkan penyakit batu karang yang boleh merosakkan sistem buah pinggang. Bayangkan jika ia berterusan, buah pinggang rosak dan korang perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu yang begitu memeritkan, menyusahkan dan memerlukan kos yang tinggi.
Kerana bahayanya minum sambil berdiri itulah maka Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya minum sambil berdiri:
i) Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya baginda melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” baginda menjawab: “Itu lebih buruk lagi”.
(Hadis riwayat.Muslim dan Turmidzi)
ii) Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kamu minum sambil berdiri ! Jika kamu lupa (minum sambil berdiri), maka hendaknya ia dimuntahkan !” (Hadis riwayat. Muslim)
(sumber info: detikhealth)
seriously thanks for sharing ni JR!
ReplyDeletenice info, TQ :)
ReplyDeletesetiap teguran psti ada sebabnya
ReplyDeleteIslam melarang minum berdiri Dari zaman RASULULLAH lagi.. Ada hikmah Dan sebab rupanya. Tenkiu for sharing JR..
ReplyDeletealahai..cik oda la ni klau duk jalan2 kat luar slalu je smbil minum air
ReplyDeleteerr..selalu jugak nih minum berdiri..mak cepat jer..huhu
ReplyDeleteAssalam, Cari ceramah ustaz ismail kamus, adab Makmum dan Imam (dalam you tube) di situ ada sebut tentang sejarah yang mana Saidina Ali RA, pernah cakap "aku benci melihat orang minum berdiri, akan tetapi Rasulullah pernah minum berdiri (hanya SEKALI sahaja).."
ReplyDeleteseperti yang kita maklum, setiap gerak geri Rasulullah dijadikan Hukum, makanya, minum berdiri itu tidak salah/haram, cuma dibenci perilakunya itu.
kalau salah info ni saya mohon maaf, saya pun dengar Ceramah ustaz ismail kamus
http://www.youtube.com/watch?v=faUnnCNyzKk
minit ke 18:08 onward