»

11 January 2012

Tak Perlu Masjid Cantik-Cantik, Solat Atas Salji Pun Boleh


Seringkali bila pergi ke surau kecil di kawasan komuniti JR, tertanya-tanya dalam hati: mengapa masyarakat kita begitu liat untuk mengimarahkan surau dan masjid? Orang cuma ramai ketika solat sunat tarawih dan solat sunat hari raya, tapi tidak untuk solat wajib lima waktu yang biasanya cuma satu saf sahaja jemaah yang hadir.

Jika pergi ke masjid pun begitu juga, jemaah untuk solat lima waktu boleh dibilang dengan jari. Mengapa ramai orang malas ke masjid dan surau untuk menunaikan solat secara berjamaah?

Masjid kita cukup cantik dan besar dengan biaya berjuta-juta, tapi ia cuma ramai untuk solat sunat tarawih dan solat sunat raya...

Jika terpaksa solat atas ais seperti penduduk-penduduk Kazakhtan  bagaimana reaksi orang-orang Malaysia? Solat atas masjid yang berkarpet tebal pun culas, apa lagi solat atas jalan bersalji di bawah paras beku seperti di Kazakhtan ini:









(sumber: http://billyinfo.blogspot.com/2011/12/gambar-solat-jumaat-di-kazakhstan.html#axzz1j9ocZpWF)

4 comments:

  1. Masyarakat kita ni xde kesedaran JR..
    yang disuruh tu la liat nak buat.:)

    ReplyDelete
  2. mcm kawan cik oda la...sibuk kata kalo satu parti politik tu naik, setiap langkah jumpa masjid..tapi masjid kat depan umah dia xpenah dia nak pegi.

    ReplyDelete
  3. ha`ah la.. haishh..
    trlalu mewah >_<

    ReplyDelete
  4. walau mana pun berada...yg wajib tetap dilaksanakan..:P

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....