»

12 January 2012

Perodua Keluarkan Model Baru 'Myvi Terbang'


Salam pagi Khamis buat semua pembaca blog JR.

Pagi ni JR nak luangkan sedikit masa dengan korang bercakap tentang kereta. Mengikut satu statistik yang JR baca, jenis kenderaan yang menduduki carta kereta paling popular di Malaysia ialah Myvi. Bagi pemilik Myvi tentu berbangga kerana memiliki kereta paling popular di Malaysia itu.

Dan kini, bagi menghargai sokongan rakyat Malaysia yang memberi sambutan yang sungguh luar biasa kepada Myvi, Perodua akan mengeluarkan model baru Myvi dikenali sebagai 'Myvi Terbang'. Dengan adanya Myvi yang boleh terbang ini, mudahlah untuk pemiliknya mengatasi masalah lalu lintas dan kesesakan jalan raya. Mereka boleh tekan 'gear terbang' dan Myvi itu akan terbang ke mana yang dikehendaki, termasuk atas bumbung kereta lain:



 

Myvi 'terbang' atas van


KOTA BHARU - Ini bukan aksi filem tetapi kejadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Jalan Long Yunus, dekat sini ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku apabila tayar kiri bahagian hadapan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun tiba-tiba pancit menyebabkan dia hilang kawalan.

"Kereta tersebut kemudian terbabas dan merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai. Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dibantu orang ramai keluar dari keretanya di atas van itu," katanya ketika dihubungi semalam.

(sumber: kosmo online)

4 comments:

  1. mesti laju bawak kereta tue....sampai boleh terbang..

    ReplyDelete
  2. Dah mcm dalam filem ni. Mesti pemandu dia kalo selamat, akan bangga dengan stunt yg dia buat tu. heheh.

    ReplyDelete
  3. susah nak bayangkan mcm mana boleh terbang sampai atas van..

    ReplyDelete
  4. jadik pelakon stunt plak la pasni..
    sudah semestinya dia bawak laju..:)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....