»

11 January 2012

Gambar Artis Wanita Yang Main Selak-Selak Kain Dengan Ipar Tersebar


Tak lama dulu (dah tak ingat bila), JR pernah dengar ceramah seorang tokoh motivasi di TV  bergelar Datuk yang berkata, jika seseorang tu sedang marah, salah satu cara untuk memadamkan kemarahannya ialah dengan menulis apa yang terpendam dalam hatinya di atas sekeping kertas. Kemudian selepas hati sejuk sikit, bakar atau musnahkan saja kertas itu.

Tapi ada juga orang bila marah mencurah kemarahannya dalam diari. Itu masih ok juga, sebab tak ada siapa yang akan baca diarinya kecuali jika ada orang yang mencuri-curi baca. Yang paling teruk ialah jika seseorang itu mencurahkan kemarahannya dalam Facebook, Twitter atau blog, teruk...sebab satu dunia boleh baca apa yang dia tulis. Satu dunia beb, bukan satu Malaysia yang baca!!

Dan bila seseorang tu menulis dalam 'binatang' bernama Facebook, Twitter atau blog itu, orang yang kena maki mulalah naik angin. Jika orang yang kena kritik itu pun ada Facebook, Twitter atau blog, pasti dia akan jawab balik. Lalu lepas itu jadilah tragedi selak menyelak kain: A selak kain B, B pula membalasnya dengan menyelak kain A balik. Yang sangat malangnya jika selak menyelak kain ni melibatkan artis atau selebriti terkenal tanah air, pasti sekejap saja jadi gempar satu Malaya.

Dan yang sedang gempar satu Malaya sekarang ialah kisah selak menyelak kain antara Rita Rudiani dan adik iparnya, Zaquan Adha. Yang paling tak enak ialah penggunaan bahasa-bahasa yang tak patut disiarkan seperti apa yang Rita kata kepada Zaquan: "perangai setan", "pregnankan budak M", "sebab banyak buat jahat sebab tu kaki asyik patah", "rosakkan anak-anak orang kalau terpregnant suruh gugur" dan lain-lain. 

Semua tu benda-benda dalam kain yang mengaibkan orang la Rita ooooi, dan yang diaibkan tu pula ialah keluarga mentua kau sendiri....Mengapa nak selak-selak kain keluarga mentua  sampai satu dunia tau??






Dan jawapan Zaquan kepada Rita juga tak kurang  sengatnya. Cuma dia tak menggunakan bahasa sebisa yang digunakan Rita:


6 comments:

  1. salam..sebelum saya kata apa-apa saya nak minta maaf awal-awal kalau apa yang kana saya cakapkan ni mungkin akan terguris hati awak..tapi cara awak ni pon dah mengaibkan orang lain..ya.saya tahu awak nak tegur dan nak beri pengajaran kepada orang lain tapi xperlu lah awak mention nama si dia dan segala apa yang menjadi bukti bahawa si dia tu memang bersalah..
    x salah kalau nak cakap pon tapi kena cara yang betul..contohnya..
    " kita perlu menjauhi perbuatan mengaibkan sesama sendiri di mana-mana saja.sebab itu satu dosa" cukuplah itu saja..xperlu lah nak sebut nama si dia dan bukti-buktinya sekali..
    harap awak terima dengan ikhlas..
    :)

    ReplyDelete
  2. kebannyakkan sekarang...artis2 nie suka lepaskan kat twitter....huhuhu

    ReplyDelete
  3. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  4. Eiqa Nur: Saya suka dgn cara Eiqa menegur. Sebenarnya negara memerlukan warga yg berani menegur dengan penuh ketelusan seperti Eiqa.Tanpa teguran, kita sentiasa akan menyangka kita di pihak yg benar, sedangkan hakikatnya bukan begitu. Negara memerlukan lebih ramai org2 yg berani berkata benar dan bukannya pak turut yg hanya mau menjaga hati org lain seperti yg ramai kelihatan dlm masyarakat kita.

    Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas teguran Eiqa, sesungguhnya saya sangat menghargai dan menyukainya.

    ReplyDelete
  5. Cik Rose: Justru kita jangan jadi seperti mereka...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....