Tahniah kepada negaraku tercinta, Malaysia!!
Tahniah kepada Malaysia kerana bakal menjadi negara pengeluar kondom terbesar dunia sedikit masa lagi!!
Rakyat Malaysia pasti bangga atas kejayaan luar biasa ini, kejayaan menumpaskan Thailand yang sebelum ini adalah pengeluar kondom terbesar dunia. Maklumlah di Thailand pelacuran dihalalkan, oleh itu kondom bercambah-cambah di sana, sebab itu Thailand menjadi pengeluar kondom terbesar dunia.
Tapi tak lama lagi Malaysia pula bakal menggantikan Thailand sebagai pengeluar kondom terbesar dunia. Ia seiring dengan kedudukan Malaysia yang dah jadi negara yang dibanjiri ramai pelacur bukan saja dari Asia tapi dari Amerika Selatan dan Eropah. Maklumlah Malaysia ni kan negara Islam, sebab tu lah aktiviti pelacuran dan penzinaan yang haram di sisi Islam itu ada di mana-mana!!
Sekali lagi tahniah kepada Malaysia, kerana bakal menjadi negara pengeluar kondom terbesar dunia. Semoga dengan ini aktiviti pelacuran, persundalan dan penzinaan akan bertambah di negara ini...
Baca selanjutnya:
NEW DELHI: Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC). MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.
"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.
Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005. Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan. Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping. "Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB," kata Low. - (Sumber: BERNAMA)
harap2 tak la JR..banteras zina..jual condom kena isi borang..ha..xde sape nak beli kot..haha
ReplyDelete