Tengok muka cashier tu...macam serba salah je terpaksa jual arak |
Situasi yang tidak selesa untuk dilihat tapi itulah kenyataan yang kita kena akui berlaku di negara kita. Selagi mana sistem Islam benar-benar tidak dijadikan panduan selagi itulah situasi ini akan berlaku, bahkan mungkin lebih teruk lagi..
Pembeli dan penjual dua-dua berdosa..
Petikan Tulisan Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman (UZAR) mengenai hukum bekerja di kedai 7 Eleven:
SOALAN:
Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?
JAWAPAN UZAR :
Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-
عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له
"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"
Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-
وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها
Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)
Dan juga sebuah lagi hadith
عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ
وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ
Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)
(Sumber: ijok2009)
JR: Hmmm...JR sebenarnya jarang-jarang masuk ke kedai 7 Eleven. Jika semua kedai lain dah tutup, barulah JR ke 7 Eleven untuk membeli barang keperluan...last choice. Selama ni JR tak sedar pula 7 Eleven menjual arak kerana kebanyakan yang bekerja di dalamnya adalah orang Islam, begitu juga pembelinya...
budak sekolah pulak yang beli huhuhu
ReplyDeletexpernah gi beli kat 7 elvn ni..
ReplyDeletekt sini kite ade t-shop..
24 jam jugak..