»

13 January 2012

Ustaz Riduan: Kentut Tidak Membatalkan Wuduk


Salam pagi jumaat buat semua pembaca blog JR.

Sempena dengan hari Jumaat penghulu segala hari ni, JR nak berbicara sikit pasal hukum agama. Solat adalah tiang agama, tanpa menjaga tiang, runtuhlah sesebuah rumah. 

Dan bercakap tentang solat ini, ramai antara kita percaya dalam apa keadaan pun,  kentut itu memang pasti membatalkan wuduk dan solat. Memang itu adalah pegangan sebahagian besar orang Islam di Malaysia yang bermazhab Shafie, sebab dalam mazhab lain mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Tapi lupakan tentang mazhab lain, kita tumpukan kepada mazhab Shafie saja:

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVdPf1xyIY2rUhvXrL_-Fuh2k8NNtMxGoyMGilF7RzIvhBY62Fi2r-0s-LAJOe1NY4ChDhL34SVeH7_6s4LDHDpE2SZ9jxZfM-8uG0R-K5qGbcN_EZ2-wPcw0hM0urab5CiEbIODnJ-sU/s1600/dilarang-kentut.gif

SOALAN
Saya seringkali membuang angin atau terkentut. Ini menyebabkan saya terpaksa melakukan solat berulangkali kerana solat terbatal sebelum selesai. Bagaimana untuk saya selesaikan masalah ini?

JAWAPAN
Perkara yang membatalkan wuduk itu antaranya ialah keluar sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur) atau salah satu dari keduanya. Sama ada yang keluar itu berupa benda atau angin yang biasa atau darah atau yang keluar itu najis atau ulat. Jika perkara yang ditanya itu ada penyelesaiannya:

Jika terasa seperti keluar angin maka selagi tidak terdengar bunyi atau bau maka anda boleh menetapkan bahawasanya anda masih lagi TIDAK terbatal wuduk.

(Petikan dari ruangan "tanya ustaz" oleh Ustaz Muhamad Riduan Zainal Abidin, Kosmo 13.1.2012)

JR: Hukum tidak terbatal wuduk jika tidak terdengar bunyi dan tidak berbau ini pada pandangan JR cuma untuk kes mereka yang was-was sama ada keluar angin dari duburnya atau pun tidak. Ini kerana biasanya kentut memang ada bau, tak kira orang itu cantik atau hensem, Raja atau rakyat, Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang. Jika terasa sesuatu keluar tanpa disertai bunyi dan tanpa bau, itu mungkin cuma perasaan was-was kita sahaja, kerana sebenarnya kita mungkin tak terkentut pun. dengan kata-kata lain, selagi tiada bau dan tiada bunyi, belumlah terbukti seseorang itu terkentut.

Tapi jika memang sebenar-benarnya seseorang itu yakin dia memang kentut, memang sah keluar angin dari duburnya, cuma kebetulan hari itu ada silenser yang menyebabkan ia tak berbunyi dan tak berbau...hmmm...tetaplah terbatal wuduk kita..


4 comments:

  1. owh ok..trjawab sudahhh..mekaseh..

    ReplyDelete
  2. wahhh.. nice info JR..

    pas ni berhati2 nk kentut.. mueheheheh

    ReplyDelete
  3. tapi kalau yang kuar msa kita rasa kentut tu benda apa?angin dari luar ke cane.sbb kalau da rasa kuar tu,mestila angin kan ke angin camni tak batal.aduh stres

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....