»

15 January 2012

Suami Rita Rudaini Lari Dari Rumah: Doakan Terbaik Untuk Mereka


Satu demi satu bahtera rumah tangga artis kita runtuh. Ada yang  bertahun-tahun  kawin tapi akhirnya tumbang juga. Ada yang cuma tahan berbulan, tapi malangnya ada pula yang tak sampai setengah bulan dan akhirnya buuuuummmm... musnah!! 

Apa dah jadi dengan artis kita. Apakah kawin cerai, kawin cerai adalah rutin hidup manusia bergelar artis??

Semoga Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan sabar menghadapi dugaan hidup. Ini pasti masa-masa sukar sesebuah rumah tangga. Doakan yang terbaik untuk mereka:
 
Rita Rudaini Sedih, Suami Keluar Rumah


PETALING JAYA: Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.

 

Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.

Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.

Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.

“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.
Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.

Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.

(Sumber: mStar Online)

8 comments:

  1. semoga masalah mereka selesai secepat mungkin~...

    ReplyDelete
  2. Tak tahu nak komen apa...

    ReplyDelete
  3. Nasihat untuk Rita, cubalah muhasabah diri tu balik. Cari apa kesilapan yang telah dibuat yang telah membuatkan suaminya jadi begitu.

    Suami dia tu pun sama umur ngan saya je..masih belum matang dalam kehidupan jika nak dibandingkan dengan umur Rita.

    Bukan saya nak tuding jari kat sapa-sapa. Cume kita pun sedia maklum dengan attitude Rita yang sering dikhabarkan media sebelum ini. Wallahualam.

    p/s: Ape pun, restu ibu-bapa tersangatlah penting.

    ReplyDelete
  4. haha..nasihat panjang lebar dari cik oda ha..hehe

    btw,tak suka cerita artis..

    ReplyDelete
  5. ai, salam kenal! azza juga follow disini sebagai tanda persahabatan.. Teruskan menulis, sentiasa menantikan entry baru untuk saya stalker hehe.

    ReplyDelete
  6. sedih la tgok mereka dua ni.....

    ReplyDelete
  7. bolat kesian kt Rita.. hmm..
    sperti tak dihargai.. >_<
    hbs mdu sepah dibuang.. grrr

    ReplyDelete
  8. Apa-apa pun masalah rumahtangga, tak perlu la beritahu umum walaupun dia tu artis. Susah kalau kawen tanpa restu ni.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....