»

16 January 2012

Wajah Pengebom Helikopter Datuk Seri Najib


Mungkin pelajar ini cuma ingin bergurau tetapi gurauannya silap besar, gurauan yang tak kena waktunya. Dia tersilap, kerana bukan semua orang di Malaysia yang suka gurauan. Sebahagian polis memang tak reti bahasa joke  mungkin kerana mereka sentiasa hidup dalam persekitaran kerja penuh tekanan. 

Polis yang tak reti joke ini mentafsirkan gurauan sebagai ugutan.  Akibatnya pelajar yang berwajah periang dan joker ini ditangkap polis kerana bergurau dalam Facebooknya mengajak pihak lain meletakkan bom dalam helikopter yang akan dinaiki Datuk Seri Najib ketika lawatannya ke kampus USM  minggu depan. 

Cepatnya dia ditahan bergantung kepada siapa dia mengugut!! Dia mengugut (baca: bergurau) dengan Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia, itu yang silapnya dia. Ada orang pernah mengugut nak bunuh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz tapi tak kena apa-apa pun, kerana yang diugut cuma seorang Nik Aziz, rakyat Malaysia  yang tak penting kepada polis. Begitu juga ada orang pernah mengugut Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau  Pinang, tapi tak kena apa-apa juga, kerana dia cuma seorang rakyat Malaysia bernama Lim Guan Eng.







Nama pelajar yang mengugut Datuk Seri Najib itu ialah Janartana V Chandra, 23 tahun. Dia penuntut USM kampus kejuruteraan di Nibong Tebal. Janartana  ditahan kira-kira jam 9.30 pagi dan disahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Peristiwa itu jadi pengajaran kepada kita supaya kalau nak bergurau, jangan bergurau menggunakan nama  Datuk Seri Najib, bahaya!! Kalau nak bergurau gunalah nama orang lain seperti Nik Aziz, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Karpal Singh itu tak apa, tapi jangan guna nama Datuk Seri Najib. Ingat itu...awas!!


4 comments:

  1. Erk? Berhati2lah di dunia maya.. huhu..

    ReplyDelete
  2. huhu.. semua org dia nk bom.. huh

    jom baca sekejp..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

    ReplyDelete
  3. aduhai x de penyakit cari penyakit...percakapan dengan penulisan lain..orang boleh salah tafsirkan...

    ReplyDelete
  4. tak boleh main2 gan perdana menteri huhuhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....