»

15 January 2012

"Sapa Nak Tidur Dengan Isteri Aku Datanglah Ke Rumah, Dapat Upah"


Salam pagi minggu buat semua pembaca blog JR.

Apa yang JR nak ceritakan pagi ini adalah satu kisah benar yang berlaku di Kuching Sarawak. Ia kisah rintihan seorang isteri kerana bersuamikan seorang lelaki pelik yang sanggup membayar upah kepada mana-mana lelaki yang sangup tidur dengan isterinya. Setakat ini dia sudah dipaksa tidur dengan lebih 30 lelaki pelbagai bangsa berusia antara 21 hingga 40 tahun

Dayus sungguh kan suami seperti itu? Suami sepatutnya melindungi isteri, tapi suami ini pula buat isterinya seperti lauk kenduri untuk jantan-jantan lain makan.

Mengikut wanita yang mahu dikenali sebagai Chia itu, suaminya yang dikenali sebagai Ah Ling adalah pesara kerajaan berusia 66 tahun. Ah Ling pada mulanya lelaki normal yang tidak pernah gagal ketika mengadakan hubungan intim di atas ranjang.

"Namun keindahan hidup berkelamin itu tidak kekal. Sikapnya bertukar ganas dan pelik sejak 5 tahun lepas. Dia yang memiliki keupayaan seks yang normal kelihatan resah setiap kali selepas bersama saya" kata Chia kepada Kosmo.

"Tiba-tiba pada suatu tengahari dia membawa seorang pemuda Cina berusia 20an dan memaksa saya mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu, kerana katanya dia  "mahu bergembira". Saya terkejut. Saya merasa sangat marah dan memakinya demi menjaga maruah saya. Malangnya satu tumbukan singgah di muka saya membuatkan saya pening dan hampir rebah. Kerana tidak mahu dia terus mencederakan saya, saya ikutkan saja kemahuannya" kata Chia. 

http://www.echinacities.com/userfiles/2010-Year/7-Month/26-Day/1(5).jpg

"Apa yang paling mengecewakan saya ialah saya dikehendaki melakukan aksi yang sama seperti dalam video lucah. Diri saya seperti pelacur yang tiada harga dan maruah lagi" cerita Chia yang sering dipaksa berasmara bersama lelaki warga asing terutamanya pekerja Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan di kawasan berhampiran."

Wanita berusia 62 tahun itu menyatakan ketika dipaksa mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain, kedua-dua tangannya diikat pada hujung katil sebelum lelaki-lelaki yang diupah suaminya meratah tubuhnya dengan kasar hingga seringkali lebam-lebam akibat digigit oleh lelaki-lelaki kemaruk seks yang berusia 20 hingga 30 tahun lebih muda darinya.  

Malah dia pernah dipaksa suaminya mengadakan seks dengan enam lelaki secara bergilir-gilir. Yang lebih memualkan wanita warga emas itu ialah setiap perlakuan seksnya dirakam oleh suaminya dengan menggunakan kamera video. 

"Selesai melakukan perbuatan terkutuk itu Ah Leng akan memainkan semula video seks saya itu untuk ditontonnya sebagai kepuasan dirinya" kata Chia.

Disebabkan tidak tahan dengan keganasan seksual itu, akhirnya Chia melarikan dirinya dari Kuching ke Kuala Lumpur dan membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA untuk tindakan selanjutnya.

JR: Pada pandangan korang suami jenis ni layak dipanggil apa: manusia, binatang atau syaitan??

(Entri ini diadaptasi oleh JR berdasarkan artikel "Korban Nafsu Suami" dalam Kosmo 15.1.2011)


3 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....