»

06 January 2012

Shahz Jaszle: Dah Tua-Tua Baru Nak Tukar Nama??


Salam petang Jumaat buat semua pembaca blog JR.

Tak sedar pula JR, bahwa JR memang ketinggalan keretapi dalam soal-soal berkaitan hiburan ni. Mana tidaknya, baru sekarang JR tau rupanya pelakon hensem lagi popular Shahz Jaszle telah menukar namanya kepada Shahrizal mulai 1.1.2012. Pengumuman pertukaran nama itu turut dibuatnya menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia pada Ahad lalu.

Lucu jugak, dah tua-tua baru nak tukar nama? Biasanya orang tua-tua dulu tukar nama budak sebelum mereka masuk sekolah, tapi Shahz menukar namanya ketika usia dah lebih 20 tahun. Nasib baiklah tukar nama pada usia itu, jika bersunat pada usia tersebut lagilah malu...

Shahz dalam satu kenyataannya kepada mStar Online berkata keputusan untuk menggunakan nama berkenaan dibuat selepas salah seorang ahli keluarganya menyatakan nama baru itu lebih serasi dengan dirinya.


"Sejak menggunakan nama baru ini, kehidupan saya lebih stabil dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi. Semoga penggunaan nama Shahrizal dapat mengukuhkan lagi karier saya di masa akan datang nanti. Alhamdulillah peminat-peminat memberi respons yang baik. Apa-apa pun saya tidak menyesal dengan keputusan ini walaupun saya telah menggunakan nama Shahz Jaszle sepanjang lima tahun dalam industri seni tempatan" kata Shahz  kepada mStar Online.

Bagi JR elok juga Shahz memperkenalkan dirinya sebagai Shahrizal, kerana Shahrizal itu sendiri memang sebahagian dari nama penuhnya: Mohd Shahrizal Jazle Jasmin. Cuma dulu Shahz menggunakan nama Shahz Jasle kerana ia barangkali kelihatan lebih komersial kot. 

Apa-apa pun, gunalah nama yang terbaik kerana nama yang baik boleh mempengaruhi kehidupan yang baik, kerana nama juga adalah sebahagian dari doa...

1 comment:

  1. nama orang skarang canggih2..macam malu sangat nak letak nama melayu.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....