Sejak kecil hingga dah tua-tua gayut cam ni, JR selalu dengar orang kata,"Jangan ambil gambar bertiga, bahaya!!"
Maka atas alasan itu, jika ada tiga orang nak bergambar, yang seorang lagi terpaksalah mengalah, supaya gambar yang diambil cuma membabitkan dua orang. Atau tambah jadi empat lima orang tak apa. Yang penting bukan bergambar tiga orang. Bahaya!!!
Konon-kononnya kalau ambil gambar bertiga salah seorang, atau dua daripadanya atau ketiga-tiganya mereka akan ditimpa kemalangan, malah kematian.
Boleh percaya ke akan berlaku kemalangan atau kematian jika ambil gambar bertiga? Tiada dalam Al-Quran, hadis atau mana-mana nas yang menyatakan mengambil gambar bertiga akan berlaku sedemikian. Mendekatkan kepada syirik adalah seperti hadis Nabi saw:
Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan orang yang beriman sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Tapi jika korang ada pengalaman yang boleh membuktikan keburukan mengambil gambar bertiga, sila ceritakan. Atau mungkin ada penjelasan dari sudut sains yang boleh mengaitkan mengambil gambar bertiga dan kecelakaannya, sila beritahu untuk kita kongsi bersama.
Ketiga-tiga mereka ini dah meninggal dunia...
Cuma JR ada beberapa pengalaman yang hingga kini JR tak tau di mana logiknya, tapi itulah yang sebenarnya berlaku tentang ambil gambar ini.
Yang JR maksudkan di sini bukan ambil gambar bertiga, tetapi mengambil gambar binatang. Semasa masih kecil di kampung dulu, ada saudara JR yang ada kamera. Suatu hari dia beritau JR, semua gambar binatang yang diambilnya, tak berapa lama lepas itu binatang itu akan mati. Tapi JR tak percaya..Sebagai experimen JR meminta dia mengambil gambar ayam peliharaan ibu yang ketika itu lalu di depan JR.
Dengan takdir Allah beberapa hari kemudian, tanpa sebab yang logik ayam itu mati!! Bagi JR ia kebetulan dan lepas itu JR minta dia mengambil gambar salah seekor kucing di rumah pula. Dan secara kebetulan, kucing itu juga mati beberapa hari kemudian!!
Lepas dua insiden itu JR tak mahu ambil binatang peliharaan lagi. Kesian!!
Hingga kini JR tertanya-tanya apa kaitan mengambil gambar dan kematian binatang-binatang itu? Mungkin ia kebetulan? Atau ada penjelasan sains yang boleh mengaitkan kematian-kematian itu dengan gambar yang diambil? Mungkin cahaya lensa kamera mempunyai bahan tertentu yang boleh membunuh binatang-binatang itu?
Korang ada pengalaman yang serupa? Jika ada, jom kita berkongsi pengalaman....
betul2..kalau tak mati..akan berpisah..
ReplyDeletetak de bukti lagi..:)
He3, btol tu dulu cukup pantang kalau ambil gambar bertiga. Tapi sekarang tgk budak2 dah tak kisah...
ReplyDeleteDulu-dulu pun kalau amik gmbr kucing, mesti kucing tu mati. Tapi skrg ni kalau amik gmbr kucing guna henfon ok je hidup. Dari lahir sampai dah tua pun kucing tu. Saya rasa kot2 yg dulu2 tu amik gmbr pastu cuci gambar kat kertas kot? Tapi skrg ni kalau amik gmbr, kita dah tak print. Biar je dlm bentuk digital. Kot. Ntah le. Itu teori je.
ReplyDeleteDulu kalo orang marah cik oda jangan amik gambar bertiga, nanti sorang mati or mati dulu. Cik oda pun jawab la "Semua orang akan mati anyway, dan xde orang mati serentak"
ReplyDeleteMak pernah cakap, dulu ada orang kata kalo kahwin sesama sepupu, nanti jiran rumah meninggal. kebetulan saudara mak kahwin sama sepupu, kbetulan xlama jiran dia pun meninggal.
Mak cakap:
Kadang-kadang Allah saja buat benda tu jadi betul2, sebab Allah nak uji yang orang percaya ajal maut dtg dari Allah atau dorang percaya yang ajal maut tu ditentukan oleh kepercayaan karut dorang.
Apa-apa pun yg terjadi, kita kene berbalik pada hukum qada' dan qadar..semuanya kebetulan dah atas kehendak Allah. Tidak ada apa yg boleh menentukan kematian selain Allah.
Pnjang cik oda berceramah :)
**correction:
ReplyDeleteyg mati serentak tu mungkin ada atas kehendak Allah. tapi kita pasti akan mati, atas mcm mana sebab sekalipun.
erkk? sbb flash kot? kehkehkeh..
ReplyDeletentah la.. bolat tak kesah pun tgkap brtiga.. =)