»

06 January 2012

Bank Islam Makan Harta Orang Cara Haram Jadah

Salam pagi Jumaat buat semua pembaca blog JR.

Barangkali sepanjang berblogging kurang lebih setahun yang lalu, inilah tajuk entri JR yang paling celupar. Tak pandai guna bahasa yang lebih bersopan santun sikit ke JR ni? Marah pun marah juga, tapi di mana slogan 'budi bahasa budaya kita'?

Tapi begitulah..bila manusia sedang diamuk api kemarahan, semua bahasa cabul akan keluar dalam otak dan kerana filter rosak dibakar kemarahan, segalanya akan mengalir keluar ikut mulut.

Sebenarnya tajuk entri ini JR pinjam dari satu blog yang kebetulan JR sempat jelajahi sebentar tadi. Sama ada apa yang diketengahkan oleh penulis itu betul atau tidak korang nilailah sendiri. Bacalah apa yang ditulis dalam blog itu mengenai pengalamannya dengan Bank Islam:


Bank Islam Makan Harta Orang Cara Haram Jadah

Oleh
Muhamad Shahabudin Hassan,
Pulau Pinang


SAYA merupakan seorang pelanggan Bank Islam sejak dari tahun 2009. Pada awalnya saya merupakan pelanggan bank konvensional terkemuka di negara ini, tetapi setelah disedarkan oleh beberapa tokoh agama mengenai produk perbankan islam menyebabkan saya memilih Bank Islam untuk urusan kewangan saya.


Pada bulan Disember 2011, saya memohon produk KAD DEBIT VISA di Bank Islam Kepala Batas Pulau Pinang untuk memudahkan urusan kewangan saya. Namun pihak Bank mencadangkan saya untuk membuka lagi satu akaun bernama Al-Awfar untuk mendapatkan kad tersebut. Saya bersetuju untuk membuka akaun tersebut setelah didesak oleh pihak bank dengan pelbagai ganjaran lumayan.

Saya menyemak akaun setelah memperolehi kad debit tersebut dan potongan RM10.00 dikenakan untuk kad tersebut. Saya akur caj yang dikenakan ini memandangkan kad baru dikeluarkan kepada saya.
Setelah itu saya cuba untuk melakukan transaksi kad debit tersebut di sebuah pasaraya namun malangnya kad tersebut tidak dapat digunakan. Saya terus ke mesin ATM terdekat untuk mengeluarkan tunai tetapi turut gagal. Saya mengesyaki kad saya mengalami masalah tetapi urusan kewangan saya tetap tidak dapat dilakukan memandangkan bank cuti sempena perayaan Krismas. Saya terpaksa meminjam wang daripada individu lain kerana saya terpaksa bergegas ke Pulau Langkawi atas urusan peribadi. Saya ke Bank Islam cawangan Kuah Langkawi untuk menyelesaikan masalah ini namun hampa apabila pihak bank mencadangkan saya kembali ke Bank Islam Kepala Batas untuk meyelesaikan masalah ini.

Sebaik pulang ke Kepala Batas, saya terus ke Bank Islam untuk meyelesaikan masalah ini namun sekali lagi hampa apabila pegawai bank menyuruh saya membuat kad baru dan sekali lagi caj kad RM10 dikenakan kepada saya. Saya memaklumkan kepada pegawai mengenai masalah kad tersebut namun pegawai tersebut menyalahkan saya kononnya saya yang merosakkan kad tersebut. Kecewa dengan layanan biadap pegawai tersebut saya berniat untuk menutup akaun Al-Awfar. Pegawai tersebut mengalu-alukan penutupan akaun tersebut dan menyuruh saya berjumpa dengan pegawai lain yang bertugas dalam urusan penutupan akaun. Tidak cukup dengan itu caj RM20 juga akan dikenakan jika saya meneruskan niat menutup akaun tersebut.
Mujurlah seorang pegawai bank kerkopiah putih di situ cuba memahami masalah saya dan cuba menyelesaikan masalah saya dengan pendekatan yang agak baik iaitu memindahkan wang dalam Akaun Al Awfar tersebut ke akaun gaji saya. Urusan itu dilakukan tanpa dikenakan caj dan masa 3 bulan diperlukan untuk menutup akaun Al Awfar tersebut.

Slogan ‘customer is always right’ langsung tidak boleh dipakai dan ditukar kepada ‘Bank is always right’ di Bank Islam. Memakan harta orang lain dengan cara yang batil adalah haram di sisi Islam. Sangat mengecewakan apabila Bank Islam yang menggunakan nama Islam mempamerkan imej dan perkhidmatan yang lebih ‘konvensional’ daripada bank-bank konvensional sedia ada.

Saya berharap pihak pengurusan Bank Islam dapat melakukan penambahbaikan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan Bank Islam. Elakkan daripada menindas dan menyusahkan pelanggan-pelanggan anda. Latih pegawai-pegawai anda supaya lebih berhemah dalam bidang tugas mereka dengan pelanggan. Sebagai sebuah bank yang menggunakan Islam sebagai namanya harapan saya semoga servis Bank Islam lebih ‘Islamik’ selepas ini. 

(Sumber: http://www.ibnuhasyim.com/2011/12/bank-islam-makan-harta-orang-cara-haram.html)

5 comments:

  1. bagi saya yang caj untuk kad baru tu tak sepatutnya dikenakan tapi mengenai kos bagi penutupan yang dikenakan adalah disebabkan terma-terma, so sebelum kita masuk apa-apa make sure baca dahulu terma-terma....

    ReplyDelete
  2. Rasanya bank ada terma tersendiri kot. Mungkin org yg tulis artikel ni tak tau syarat2 Bank Islam kot. Mmg la Bank Islam tak bagitau, tapi kenapa tak tanya, 'ada cas apa2 ke' sebelum buka akaun tu.

    ReplyDelete
  3. Sharinginfoz: Kebanyakan kita memang tak baca terma langsung (termasuk JR), terus sign dan lepas sign tersenyum krn hajat ke bank terlaksana...

    ReplyDelete
  4. Ladysunshine: Kebanyakan kita memang tak tau caj-caj tersembunyi ni..Pihak bank pula seberapa boleh akan sembunyikan perkara itu dan akan menjawab di saat pelanggan sudah terlewat...

    ReplyDelete
  5. diana: Betul tu, caj2 tersembunyi adalah sebahagian dari strategi pemasaran bank yg paling berkesan..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....