»

08 January 2012

Serammmmm....Rawatan Buang Syaitan Dalam Payudara


Selepas memasukkan sedikit entri politik pagi tadi, pada petang yang hangat  ni JR nak berbalik kepada diri JR sebenar yang cuba menjauhi penulisan berkaitan isu politik..

Tengahari ni JR nak hidangkan kisah yang ada hubungan dengan syaitan.  Kisah bagaimana syaitan yang menghuni payudara, punggung dan tempat-tempat lain ditubuh boleh mempengaruhi tampang seseorang. 

Percaya tak dalam payudara dan punggung korang (jika korang wanita), ada syaitan sedang menenggek? Huh... tak percaya??

Jika tak percaya baca ini:


BAIK PUNYA...Kak Mah menunjukkan cara rawatannya untuk menjadikan wanita lebih cantik.
BAIK PUNYA...Kak Mah menunjukkan cara rawatannya untuk menjadikan wanita lebih cantik.
KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah. Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan".
(Sumber: HM)

JR: Asalkan sesuatu rawatan tidak dilakukan bersama-sama elemen yang mendekati syirik tak apalah. 
Tapi jika rawatan untuk menghalau syaitan tetapi dilakukan dengan bantuan spesis syaitan, iblis dan jin, jauhilah. Kita hidup cuma sekali di dunia ini, cantik atau tak cantik bukan penamat sesuatu kehidupan....

4 comments:

  1. hah?

    syirik ke tu? ke tidak? tak paham eden =="

    #budak2 mmg xpahm

    ReplyDelete
  2. nak cantik punya pasal kan.

    ReplyDelete
  3. Uuh.. seram? kalau lelaki yg wat.. jeng3x~ haha..

    ReplyDelete
  4. hish!...nak caya ke tidak erk hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....