»

08 January 2012

Sapa Artis Puaka Yang Hantar Ular Ke Rumah Azwan Ali??


Salam malam Isnin buat semua pembaca blog JR.

Malam ni JR nak bawa korang ke dunia artis. Ia mengenai pertelagahan antara artis dengan artis yang bukan lagi cerita baru dalam dunia hiburan tanah air kita. Artis A kritik artis B, artis C hentam artis D adalah satu perkara biasa dalam dunia hiburan.

Tapi kritik mengkritik, hentam menghentam mungkin dah jadi lumrah artis.  Dalam drama dan filem juga mereka berkelakuan macam tu, apa nak heran. Tapi kalau ada artis dah sampai peringkat berani hantar iblis ke rumah artis lain, itu dah kira sangat teruklah tu. Bukan saja teruk, tapi jika benar, hmmmm...takut nak cakap hukumnya di sisi Islam bagi mereka yang berani-berani bersekongkol dengan iblis begitu.

Tengahari tadi ketika JR sibuk-sibuk di rumah, tiba-tiba mata JR tertonton rancangan Melodi di TV3. Dalam banyak-banyak cerita artis dalam Melodi  yang memeningkan kepala tu, tiba-tiba muncul wajah Azwan Ali. Lelaki tembam berkaca mata dan terkenal dengan mulut lasernya itu menceritakan dia baru pulih dari terkena sihir yang dihantar oleh seseorang. Bila ditanya oleh wartawan siapa yang yang menghantar sihir kepadanya, dengan yakin Azwan memberitahu sihir yang menyebabkan dia sakit selama dua bulan itu adalah hasil perbuatan seorang artis yang dikenalinya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoaYgKoA2fLAebPiUIAvHhD9EHYf6sjcKdShoIPjnVoM9ViEBH43VTYHb-FR1npU9bu1yHXedaIrer_nuV8SqJOiziHjkqWJFjYYOXSqK_wnQ3SPb8ViuTw2xfCs7fb-ImrC-q3S7rEumW/s400/AZWAN1.jpg

Azwan seterusnya memberitahu sihir yang dihantar ke rumahnya adalah dalam bentuk seekor ular berbisa yang cuma ada di hutan atau di sawah padi. Ular apa tak dijelaskannya, ular tedung selar kot?? Cuma katanya ular yang bersembunyi di bawah almari rumahnya itu cuba diusirnya menerusi doa tertentu, tapi tak berjaya. Akhirnya dia terpaksa membunuh ular itu. Akibatnya dia jatuh sakit teruk dan terpaksa berubat bagi menyelesaikan masalah kesihatannya.

JR tak tau bagaimana nak mempercayai cerita Azwan itu. Sihir memang wujud, syaitan juga wujud, tapi sama ada Azwan memang terkena sihir yang dihantar oleh artis yang memusuhinya atau sebaliknya hanya Allah saja yang maha mengetahui.

Lepas itu bila wartawan bertanya tentang permusuhannya dengan seorang artis yang menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM), Azwan dengan mulut lasernya membidas habis-habis artis itu yang katanya tak pandai buat lawak walaupun dia keturunan pelawak. Azwan dengan sangat marah menafikan kenyataan artis MLM itu yang dia mempengaruhi seorang panel hakim untuk menyingkirkan artis itu dari MLM. Korang pun pasti boleh teka siapa gerangan artis yang bapanya pelawak yang dihentam oleh Azwan itu.

JR tak mau campur tangan dan menyebelahi mana-mana artis dalam pertelagahan dan permusuhan antara mereka. Cuma bagi JR hanya mereka yang tak cerdik saja yang suka bergaduh. Jika kita cerdik kita akan pandai menjaga tutur kata dan bijak menggunakan perkataan berhemah bagi mempertahankan diri...

Dan jika benar kata Azwan bahwa ada artis yang menghantar syaitan berbentuk ular ke rumahnya, bertaubatlah. Jangan bersekongkol dengan iblis kerana hukuman dari Allah  pastinya sangat dahsyat.


3 comments:

  1. macam2. dgr cerita artis gaduh, lagi mengerikan:(

    ReplyDelete
  2. Kata orang tua2 dulu-dulu..kalau ular masuk umah jangan pukul....halau jer....

    ReplyDelete
  3. ye ke tak ntah dia ni. Propa je lebih kot? Apa yg dia ada sampai org nak jeles sangat dgn dia? Perasaan dia je kot.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....